Wednesday, October 17, 2012

day 2 | hoi an part2

Lepas dah recharge tenaga, latihan kawad kaki diteruskan. Yang sebenarnya, untuk aktiviti hari ni aku boleh dikatakan follow je ke mana sahaja Truong bawak. Katanya kita tak perlu rushing, relax and steady je sebab confirm boleh habiskan 5 tempat tu dalam masa tak sampai sehari. Tapi memang pun, sebabnya aku asyiklah lalu ikut laluan yang sama!


Tempat ketiga yang dituju, Phuc Kien Assembly Hall. Tak lama pun aku kat sini. Lepas pusing sana pusing sini kami pun blah. Kebetulan masa ni ramai pelancong dari China dan dorang duk worship, busuk giler bau colok yang dorang bakar. Sakit hidung aku dibuatnya, tu antara sebab tak lama aku kat dalam tu. Lebihnya aku melepak kat luar.

Dari jalan yang sama, kami menyinggah ke alamat bernombor 129 Tran Phu. Aku sebenarnya main singgah je, tak plan pun nak ke mana2. Bila kebetulan refer dalam map ada tempat yang boleh disinggah, kami singgah je. Tempat tu okay ke tak, memang tak terfikir pun. Memang redah sampai sudah.

Tempat yang kami singgah ni adalah antara rumah lama yang masih kekal dan boleh dilawati di sini. Old House of Duc An, dan kami bertemu dengan pemilik yang merupakan generasi ke 6 rumah ni. Masa kami sampai ni, ada satu group tengah buat wedding photo-shoot. Lupa pulak aku nak photo-shoot dorang. 
   

Konsep rumah Vietnam ni memang bukaan kecil tapi memanjang ke belakang. Kurus, macam orang2 Vietnam jugak yang kebanyakannya kurus2 belaka. Sebahagian dari bahagian tengah rumah ada ruang terbuka yang aku namakan open roof biasanya dijadikan taman, sejuk je. Dan bahagian belakang adalah family area.  


Deretan bangunan lama di Hoi An ancient city. Bentuk dan color lebih kurang sama je semuanya.  


Walaupun matahari panas terik, tapi suasananya aman damai. Aku suka!

Tempat terakhir dalam 5 tempat yang kitorang boleh masuk dengan tiket yang dibeli tu memang dah kami reserve untuk ke Hoi An Art Craft Manufacturing Workshop. Pukul 3.15 ada performance, so dalam pukul 3 tu kami dah mencari tempat tu. Jenuh kami berpusing, tak jugak jumpa tempat yang dicari. Last2 bila masa dah makin suntuk, aku suruh Truong tanya orang. Local to local talk is better, haha. 

Finally, we did manage to find the place. Masa kami sampai tu performance dah start! Minah yang jaga tu suruh kami masuk tengok performance tu dulu, kupon masuk tu bagi kemudian. 


Tarian tanglung ni panjang sebenarnya, tapi ni yang dah hujung2. Suka aku tengok, sebab ada unsur2 lawak. Kalau korang perasan muziknya macam pengaruh China pun ada. 


Dah habis menari, jom kita bergambar! Kebetulan masa ni memang ada rombongan dari Thailand, dorang ada anti-corruption conference kalau tak silap. Dah alang2 menyelam, terus minum airlah gamaknya. Performance ni banyak jugak sebenarnya, ada nyanyi2, main alat muzik dan tarian ni kira closinglah. Lepas dah habis baru aku serahkan kupon dan jelajah dalam kawasan ni. 


Sungguh tekun akak ni menyulam, aku tak tahu nak panggil sulam ke jahit. Kat atas kain tu dilukis dengan pensil gambar apa yang nak dihasilkan. Pastu dengan menggunakan benang jahit yang biasa tu, akak ni menyulam aka jahit dengan benang. Aku rasa macam susah sebab tak ada guidance. Kalau cross-stitch yang selalu aku buat tu lagi senang sebab dah ada pattern. Follow je, tapi yang ni atas kreativiti sendiri. Yang dah siap ada dipamerkan untuk dijual. Prepare duit je. 


Tanglung tu jugak yang menarik perhatian aku!


Kreativiti dorang ni agak menarik jugak. Ukiran ni dari buluh yang ditransformkan menjadi pak cik hensem berjanggut. 


Lama aku kat dalam ni. Macam2 hasil kesenian yang korang boleh tengok kat sini. Inilah Hoi An Art Craft Manufacturing Workshop yang jenuh kami cari. Tempatnya agak tersorok, patutlah susah nak jumpa! Alasan semata... hehe.


Nampak tu? Kalau ada motor yang melintasi garis ni, memang tak pasal2 kena halau. Tak percaya sudah, tapi aku nampak ada orang kena halau, haha. Nak lagi sahih, korang try lah bawak motor kat sini. Tetiba je nanti ada polis keluar.


Selain pakaian, kat ancient city ni berlambak kedai kasut. Aku berkenan jugaklah, tapi poket aku tak izinkan. So tak adalah aku membelinya. Tapi sekarang dah teringat2, haih! Kacau sungguh!

Hari dah hampir gelap. So, we decided to end our tour in the city and proceed to the outskirt. Dia nak bawak aku jumpa mak dia. 


Ingat lagi tak tempat ni? Aku lalu lagi sekali masa dalam perjalanan nak ke rumah Truong. 

Lepas dia tunjukkan rumahnya, dia bawak aku ke workshop tempat emaknya bekerja. Lama jugak aku kat situ. Bersembang macam2. Truong yang jadi penterjemah antara kami. Mak dia siap jemput aku dinner dengan family dia, tapi aku terpaksa tolak dengan baik. 


Masa ni aku dalam perjalanan pulang, dihantar Truong. Nak mintak dia tunggu sunset dengan aku kat sini tak logiklah pulak. Kesian dekat dia, dah seharian temankan aku berjalan meredah panas terik. 


Anak itik orang pulang petang. Seronoknya kalau time ni aku pandai berbasikal, boleh aku cycling tengok sunset kat jambatan tadi. 

Bila dah balik, badan memang terasa penatnya. Malas pulak nak keluar malam. Hajatnya nak melihat Hoi An di waktu malam. Kata orang cahaya lantern memang penarik Hoi An di waktu malam. Badan penat, tapi esok dah nak ke Da Nang. Hati aku berbelah bagi antara nak pergi dengan tidak.


Saturday, October 6, 2012

jalan kaki yang pertama

Selama ni aku selalu je terlepas event kat Putrajaya. Memang teringin bebenor nak join night marathon, charity walk, dan macam2 lagilah. Last month my friend ajak join this charity walk. Lepas check schedule dan aku memang free, so pucuk dicita ulam mendatanglah kiranya. 

Tapi malangnya, tetiba pulak this weekend ada kelas. Patutnya Sabtu free dan exam hari ahad, tapi exam postponed to the next Sunday and class which supposed to be on the next weekend were bring forward to this weekend. Even the event will start at 6pm, but t-shirt collection is available from 1.00 to 4.30pm. Luckily, my friend's collected the t-shirt for me and right after class I drove to Putrajaya. Sudahlah jalan biasa yang aku selalu ambik nak ke dataran tu tutup pulak, kecoh betullah. Terpaksalah aku ikut laluan alternatif. 


Masa ni kitorang tengah tunggu 4 orang brother dengan paraglider land bawak turun setiap sorang beras, jagung, gandum dan jagung, simbolik makanan ruji masyarakat dunia. Tapi masa ni angin kuat, bukan aku je yang cuak bila payung sorang glider tu hampir kuncup ditiup angin. Cuak weh! Last2 diorang landing sebelah Wisma Tani instead of depan main stage. 


Lepas brother2 paraglider bawak turun makanan tu, YM Tunku Zarith Sofia selaku tetamu kehormat dan VIP lain masukkan dalam bekas, treler ni pulak lalu. Konon2 utk bring the foods into the containerlah gamaknya.  


Semua orang dah ready nak berjalan2. Masing2 tengah countdown ramai2. 


Belon dah lepas beterbangan, maka bermulalah acara.

Walkathon ni ada dua option, sama ada pilih untuk jalan 3km atau 5km. Tapi aku nampak ramai yang pilih untuk jalan 5km. Orang kelainan upaya (OKU) pun ramai yang join this walkathon. Yang sihat walafiat memang ramailah. 


Dah hampir separuh perjalanan dah ni. PICC dah nampak jelas kat depan mata. Kami bermula depan Palace of Justice, pastu u-turn depan PICC dan finishing point depan Palace of Justice tu jugak. 


Masa ni aku dah u-turn. Kami ni sibuk ambik gambar, banyak sangat pit stop. Bukannya betul2 concentrate berjalan. Maklumlah, kalau nak diharapkan saja2 datang sini ambik gambar, memang tidaklah. Kiranya sambil menyelam minum airlah ni. 

  
Sempat lagi layan sunset. Bukan kami berdua je, ramai lagi yang join sekali. 



Finally, lepas berjalan sejauh 5km dengan masa lebih kurang 1 jam 15 minit dicampur dengan berhenti ambil gambar di sana sini. Alhamdulillah, tak terasa 5km tu.


Muka2 kepenatan selepas berjalan kaki beramai2 berlatar belakangkan Palace of Justice. Kami rehat sekejap sebelum kembali ke pangkal jalan pulang.


Aku termiss HOPE, rasanya ada banyak lagi yang aku tak perasan. Maklumlah orang ramai, ini pun kalau nak tunggu tak ada orang baru nak tangkap gambar, memang tak dapatlah. 

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan event hari ni. My first walk, World Hunger Relief 2012 Charity Walk. Walaupun ini adalah jalan kaki aku yang pertama, Alhamdulillah aku berjaya habiskan. Kalau lari, rasanya aku cepat pancit. Insya Allah, kalau ada peluang aku nak join lagi. Night marathon mesti best, dapat menikmati pemandangan Putrajaya waktu malam. 

footnote: kisah perjalanan di Vietnam terbengkalai buat sementara, akan disambung bila idea dan mood datang menyerang. Maaf kalau ada yang tertunggu2 mode perasan, haha


Wednesday, October 3, 2012

day 2 | hoi an part1

Lepas Subuh pagi tu aku sambung tidur balik, malas nak ke mana2. Lagipun aku memang janji nak jumpa Truong, dia akan sampai dalam pukul 9.00 lebih. Itu yang kitorang janji masa bersms malam tu. Lepas bersiap seadanya tak perlu nak mekap bagai sebab aku bukanlah orangnya aku keluar lepas Truong hantar sms dia tunggu aku dekat main road, simpang nak masuk ke homestay.

First time aku jumpa Truong face to face, sebelum ni kitorang bermessage kat CS. Sebenarnya aku request couch, tapi memandangkan masa tu family dia ada problem so couch is not available. Tapi katanya dia boleh bawak aku jalan2 kat Hoi An town on Saturday since dia free on that day. Pucuk dicita ulam mendatang, sebabnya aku tak mengharap sangat untuk couch surf tu.

Lepas parking motor kat Hospital Hoi An satu2nya hospital kerajaan kat Hoi An kami pun menapak. Asalnya dia berhasrat nak ajak aku cycling around the town, tapi memandangkan aku masih lagi gagal untuk berbasikal maka jalan kaki adalah pilihan yang terbaik. Nampaknya aku kena berguru dengan WakJan camana nak cepat pandai cycling nih, haha.

Kebetulan masa aku datang ni cuaca di Hoi An panas terik, tak hujan. Syukur Alhamdulillah walaupun hari2 aku bermandi peluh.

 
Walaupun aku berhasrat nak ke Central Market ni, tapi pasar ni bukanlah destinasi pertama. 


Belah kanan dalam gambar kat atas tadi, korang boleh jumpa booth tiket ni. Untuk masuk dan melawat museum and other places kat town ni kena beli tiket. Untuk foreigner VND90,000 dan local people cuma bayar VND45,000. Dengan tiket tu korang cuma boleh melawat 5 tempat je. 


Korang akan sentiasa jumpa signage macam ni. Tapi kalau takde signage begini pun, memang susah jugak nak nampak kereta kat jalan. 


Dengan tiket yang dibeli, destinasi pertama dalam senarai yang diterjah adalah Japanese Bridge ni. Gambar ni dari sebelah sana, bukan dari main entrance. 


Lepas Japanese Bridge tadi, korang akan masuk ke kawasan perkampungan Jepun ni. Haa... jangan terpedaya sebab nama ni aku sesuka hati je bagi. Since lalu ikut jambatan tadi jumpa kawasan ni, so aku namakan sebegitu. Tapi aku memang suka kat tempat ni, redup dan harmoni je. 


Japanese Bridge ni taklah panjang pun, pendek aje. Dalam bridge, kat tengah2 tu ada tempat dorang worship. Bolehlah dikatakan sebagai mini temple. Korang boleh klik sini untuk lebih info pasal jambatan ni.


Selain Japanese Bridge yang mana korang kena present tiket yang dibeli sebelum dibenarkan lalu, untuk ke seberang sana boleh jugak lalu ikut jambatan kayu ni. Dalam sungai tu ada fishing net, berderet sepanjang sungai. Jalan yang korang nampak seberang sungai sana tu, setiap malam ada night market.


Jambatan yang aku tak-tahu-nama dan berhias tanglung ni akan bawak korang ke seberang sana. Tempat diadakan night market setiap malam. Ohh, aku ternampak sesuatu yang sungguh tak disangka kat bawah jambatan ni. Nasib baik aku nampak dari jauh, kalau tak........ fuhhh lap peluh kat dahi! 


Taman kat sebelah kanan ni masa aku lalu ada group mak cik2 duk jual daging panggang ala2 sate kat Malaysia, minuman dan makanan. Kalau sebelah malam pulak memang ada show kat sini.


Lepas tu, kami ke sini. Ni tempat kedua dalam list tiket yang kami masuk. 


Ni pulak alat yang digunakan untuk tangkap udang dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Aku yang datang dari jauh ni logiklah tengok benda alah ni for the first time. Truong yang sahih dan confirm lahir dan besar kat Hoi An ni pun tak pernah tengok. First time katanya.


Kemudian kami ke central market. Pasar ni ada banyak section, ada bahagian jual makanan dan minuman macam kat atas ni, pakaian, barangan basah dan lain2. Pendek kata tak semua benda korang nak ada kat sini, hahaha.

Lepas rehat kejap, penjelajahan untuk hari kedua diteruskan. Ada lagi 3 tempat yang belum dikunjungi. Rugilah dah bayar mahal2 tak masuk pulak. Lagi 3 tempat tu akan disambung dalam next entry.


Sunday, September 30, 2012

day 1 | kul - dad

Masa Pak Tony buat promo launching new route to Da Nang last year, aku sempat grab tiket murah. Asalnya aku plan nak ke sana on February, tapi aku tak dapat fare yang aku nak. Lepas try and error, akhirnya September jugak tarikh terpilih. 

Seperti biasa, semua preparation aku buat last minute. Lepas browse info kat internet tapi tak melekat kat kepala pun dan salin pape yang patut, perjalanan ke Central Vietnam diteruskan. Most of my friends ingat aku nak ke Saigon atau Hanoi, tapi bila aku kata ke Da Nang dan Hoi An, masing2 tertanya2 kat manakah tempat tu. 

Flight tengah hari tu mostly Vietnamese, Chinese, Indian, beberapa kerat mat saleh dan a few Melayu. Rasanya aku je kot yang buat solo trip. Sebab masing2 either company trip aku dengar diorang sembang, balik kampung dan jugak trip dengan kengkawan. 

Sesampainya di Da Nang Airport, aku antara orang terakhir disembark dan beratur untuk melepasi imigresen. Ada 3 kaunter dibuka tapi aku rasa service macam slow giler. Kat sini tak perlu nak scan jari bagai, sempoi giler prosedur. Lepas ambik beg, aku keluar dan satukan beg kat bangku yang tersedia. Masa ni mostly yang satu flight dengan aku dah dijemput dengan bas dan van. Lepas settle, aku berjalan keluar dari kawasan airport, hajat di hati nak menapak sehingga ke bus stop yang terdekat. Patutnya masa keluar dari airport boleh terus berjalan ke sebelah kiri, tapi aku menyeberang terus ke main road dari depan arrival hall. 

Agaknya dah hampir setengah kilometer aku menapak, telah berjaya menepis dua biji moto yang dipanggil xe om. Aku dah bermandi peluh. Bila moto ke tiga approach, aku tanya harga. Bila dia kata VND30,000 untuk ke bus stop, aku setuju. Masa aku naik moto tu, dia kata dia boleh terus bawak aku terus ke Hoi An dengan moto untuk VND150,000. Masa tu aku berkira2 sebab bas terakhir ke Hoi An pukul 5.30 petang dan masa tu dah 4 lebih. So, aku setuju. 

Perjalanan dengan moto ke Hoi An untuk jarak lebih 30km memang menarik. Aku nampak pasar kat tepi main road, sempoi giler tapi sayangnya tak sempat aku nak ambik gambar! Aku nampak jugak sampan bakul yang ditiarapkan kat depan rumah penduduk di sepanjang jalan tu. Perjalanan jauh tu aku rasa macam dekatlah pulak, dek scenery di sepanjang jalan tu. 


Tak jauh lepas simpang ke Hoi An, aku melalui jambatan ni. Cantik sungguh ciptaan Ilahi. 

Kemudian aku melalui sawah padi di kiri dan kanan jalan. Kat tengah sawah ada tasik, sungguh indah. Perjalanan seterusnya memasuki Hoi An, ada rumah di kiri kanan jalan. Driver moto berhenti kat tepi jalan dan aku tunjukkan alamat homestay. Kitorang macam ayam dan itik, akhirnya bahasa isyarat jugak yang mudah difahami.  

Homestay aku agak ke dalam dari main road, kalau menapak cuma beberapa minit aje. Loc Phat Homestay ni antara penginapan termurah untuk solo traveler macam aku. Based on good reputation kat Trip Advisor, aku booked tempat ni untuk dua malam sebelum kembali ke Da Nang.


Bilik ni besar, ada kipas meja dan jugak air cond. TV flat screen lagi, tapi channel biasalah. Masalah komunikasi, cuma ada few channel berbahasa Inggeris. Tapi aku tak tengok tv sangat pun. Bilik air kena kongsi, ya.  

Linh, host tempat yang aku stay ni baik. Katanya aku Muslim kedua yang stay kat rumah dia. Before ni ada mak dan anak yang stay situ, pun dari Malaysia jugak. Kedai halal di Hoi An ni memang aku tak jumpa. Malam tu aku ke kedai vegetarian, Hong An. Tapi suku je yang mampu aku telan. Sudahnya aku balik ke homestay. Aku tak suggest korang makan kat sini, sebenarnya ada lagi a few vegetarian kat Hoi An ni, cuma ini yang terdekat dengan homestay ni. 

Malam tu aku tak ke mana2, lepas balik dari makan aku berborak dengan Linh. Esok aku keluar lewat sikit, sebab aku dah janji nak jumpa someone. Katanya pukul 9.++ dia datang. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...