Tuesday, September 24, 2013

ntt & ntb

Alhamdulillah, perjalanan selama 12 hari 11 malam berakhir jua. Pengembaraan paling lama takat ni, last year cuma 11 hari 10 malam. Syukur pada Ilahi kerana mengurniakan kami kesihatan yang baik, tiada sebarang kecelakaan berlaku.

Trip kali ni ada 3 kumpulan. Group pertama seramai 7 orang termasuk aku berlepas dari LCCT ke Lombok, Indonesia. Mendaki Rinjani, bermalam di Senggigi dan ke Gili Trawangan sebelum kembali ke Mataram. Di sini kami berpecah, 4 orang bermalam di Mataram dan kembali ke KL esoknya. Aku dan 2 lagi teman boarded bas Damri ke Maluk malam tu jugak. Seharian di Sumbawa sebelum kembali ke Lembar dan boarded ferry to Padang Bai, Bali. 

3 yang lain tiba di Bali malam tu dan seorang balik ke KL esok paginya. 5 orang termasuk aku seterusnya ke Labuan Bajo few hours after that. Live on Boat selama 2 hari 1 malam, ke Taman Negara Komodo dalam misi menjejak biawak komodo. 

Perjalanan 12 hari berakhir di Bali sebelum masing2 kembali pulang ke tanah Malaya yang dirindui. Sungguh, aku rindu nasi lemak dan roti canai! Tapi bertabahlah ye, aku memang tak sempat nak update blog ada ke yang menunggu nak baca blog aku?. Hujung bulan ni nak kena submit report untuk viva, trip ke Kuching pun tak abis lagi. Kerja hakiki pun berbaris menunggu sebab lama sangat bercuti. Walaupun capek, bersalin kulit, bertukar menjadi zorro dan kemudiannya pekerja bomba... aku enjoy. Memang menyesallah kalau menyesal.. erk?!


Sunday, September 8, 2013

selesai akhirnya...

Aku memang dah terkenal dengan habit last minute. Passport aku dah due hujung June yang lalu, tapi aku saja drag, tak nak buat awal. Bila next trip dah makin hampir, mulalah aku gelabah. Pagi Khamis aku ponteng lari kejap, konon nak renew passport kat Sungai Pelek. Kawan aku buat passport kat sana bulan March aritu, takde orang pun katanya. Itu yang aku buat tak kisah, last minute pun sempatlah konon. Putrajaya dengan Kajang memang dah sah lagi confirm orang ramai. Tapi kecewa sungguh aku, sampai2 je office lot tu berkunci rapat. Kat tepi tangga tu ada notis ditampal. Rupa2nya since 1 Ogos aritu dorang tutup terus operasi kat situ. Alasannya: tak ada sambutan. 

Buat kat tempat ceruk, memanglah orang tak serbu sebab jauh nak ke sana. Sudahlah tak update kat website, betul2 menyusahkan pengguna. Bila dah jadi gitu, bertambah gelabah lah aku jadinya. Mulalah riki tempat mana yang tak ramai orang, kekononnya. Lepas call sana sini, aku akhirnya decide nak ke UTC Pudu Sentral aje pagi Sabtu. Angan2nya, lepas dah settle nak ke Pertama Kompleks, nak cari bag ganti. 

Konon nak pergi awal pagi, 8.30 tu kalau boleh dah sampai sana dah. Tapi tanpa dirancang Jumaat malam tu aku bermalam kat Cyberjaya sebab dah lewat sangat nak balik pun. Pagi sewaktu azan Subuh tu aku balik ke rumah. Layan mata lepas Subuh buatkan aku terlajak tidur, 8.30 aku baru keluar rumah. Sempat singgah withdraw duit dan top up fuel sebelum aku park kereta kat Stesen LRT Sungai Besi dan naik LRT. Rasanya dah lebih 10 tahu aku tak naik tren, sejak aku ada kereta sendiri. Tapi kali ni aku tak yakin nak drive kat KL dan confirm aku sesat dalam terang. Terkial2 jugaklah aku masa nak beli tiket tu. 


Masa kali terakhir aku naik LRT dulu2 tu, still guna tiket. Tapi bila aku kembali ke LRT hari ni, dorang dah guna token. Aku je yang ketinggalan zaman, padahal orang lain dah lama tahu.


Stesen LRT Sungai Besi, masa ni orang tak ramai pun. Dan aku tak adalah lama menunggu, kejap je. 9.42 aku naik tren dan sampai kat Stesen Plaza Rakyat 9.58pagi. Dalam tren banyak tempat kosong, mungkin jugak awal lagi. So, hati aku turut berbunga since dalam tren kosong, orang yang nak berurusan kat kaunter imegresen pun kosong jugaklah.

Sekali bila aku sampai, ambik! Orang yang beratur nak ambik nombor punya panjang. So beraturlah aku sekali dengan dorang. Pukul 10.22 masa yang stamping yang nombor aku, giliran yang ke 1320 dan masa tu baru turn orang yang ke 1040. Dalam pukul 11.00 lebih, nombor dah habis. Ramai jugak yang datang kemudian hampa sebab tak dapat nak proceed. Aku risau nak keluar pergi Pertama Kompleks, takut terlepas nombor. Sudahnya menunggu dalam bangunan tu seharian.

Bila terasa lapar aku naik ke tingkat 4, ada food court. Boleh tahan jugak makanan yang aku makan tadi. Harga? Bolehlah... nak kata murah tu taklah. Tapi kat atas tu orang tak adalah ramai sangat pun. Selesa lah untuk menjamu selera.


Menara Maybank dari level 4. Dulu2 sewaktu aku masih bergelar student, kat tangga Menara Maybank ni lah tempat untuk kitorang jumpa. Dan kat situ jugaklah tempat kitorang tunggu bas Melur nak balik ke Jasin, masa aku kat aviation school. Agaknya bas Melur tu ada lagi ke sekarang ni?


Menara KL dan building yang aku tak tahu. 


Just before aku balik dari UTC lepas dapat passport. Orang dah tak ramai, lengang dah masa ni. Since dah malam aku cancel ke Pertama Kompleks sebab tak berani. LRT balik ke Sungai Besi pun cepat aje sampainya. 

Aku nak singgah Mines, tapi bila tengok parking penuh terus aku buat U-turn dan balik ke rumah ajelah. Tak sanggup dah, pulak tu hujan renyai2.


Lama dan baru. Yang lama dah kena gunting, tapi oklah kulit depan aje. Yang baru ni bertambah muka suratnya. Suka aku baca note kat page 49: 
Bearer has previously travelled on 
Passport no: Axxxxxxxx
Issued at: Kajang
On: 26/12/2008
Which has been cancelled and returned.
Orait, untuk makluman korang yang nak berurusan di pejabat imigresen UTC Pudu Sentral, suka aku nak highlight few things. Ini based on pemerhatian aku, mungkin berbeza dengan pendapat dan pandangan orang lain.

  1. Memanglah kat UTC waktu operasi sampai 10.00 malam. Tapi kalau nombor untuk hari tu dah habis, maknanya tak dapatlah korang nak berurusan dah. Waktu operasi 8.30pagi hingga 10.00malam. Beroperasi setiap hari kecuali public holiday.
  2. Seeloknya datang awal pagi untuk secure tempat. Pak cik security bagi tau ada yang datang beratur seawal 7.30pagi. Aku ada sembang dengan sorang auntie tu, dia kata dia datang pukul 8.00, dah ada 3 barisan panjang queue untuk nombor. 
  3. Kalau datang weekdays, orang tak ramai. So, kalau datang lewat pun insya Allah, anda akan dilayan sewajarnya.
  4. Dorang kata 1 jam lepas bayar boleh collect passport. Tapi hampir 2 jam jugak sebab orang ramai. Kalau masa tak ramai pelanggan mungkin boleh siap dalam masa 1 jam. Tunggu turn nak bayar pun lebih setengah jam. Bertabahlah korang semua. 
  5. Kalau IC korang bukan yang ada cip tu, seeloknya korang pegilah tukar dulu. Ramai yang aku perasan kena pegi kaunter JPN buat IC baru. Kang dah melambatkan proses, orang lain pun turut sama terkena tempias.
  6. Kaunter jabatan lain semua lengang kecuali imegresen. JPJ agak ramai, tapi tak sehebat imegresen. 
  7. Sebelum terlupa, kat kaunter ni cuma urusan apply passport dan renew passport untuk warganegara sahaja. Urusan lain tak ada.
Malam ni aku boleh tidur dengan lena sebab passport baru dah siap. Berbaloi seharian aku kat Pudu Sentral hari ni, setidaknya aku tak usik hari bekerja. Untuk korang yang rajin berjalan tu, jangan lupa check due passport korang. Cepat2lah pegi renew, tak usah nak tangguh2 lagi dah macam aku ni. Dibuatnya sistem down ke, tak ke haru.


Thursday, September 5, 2013

day1: kul - kch

Dek nak melayan frust sebab tak boleh nak merehatkan minda dan jiwa during my birthday, aku godek2 website Cik Mas. Sekali tengok ada promo return tix ke Kuching RM76.00! Demi impian nak ke Bako yang belum terlaksana, setelah berpuluh minit campur tolak darab dan bahagi, akhirnya aku rembat jugak. Travel date lepas raya. Since aku pegi sorang, tak payahlah nak plan beria sangat. Macam biasa, redah sampai sudah.

Entah macam mana aku tercerita pasal trip ke Kuching dengan Izza, aku ada bagitau dia.. 'jangan2 kita satu flight, sekali jumpa kat airport'. Masa tu dia kata aku pergi dan balik sehari awal, so aku decide nak join dorang time ke Bako ajelah. At least aku boleh save banyak bila share transport pergi dan balik, plus share satu bot aje masa kat Bako. Kebetulan dia pergi dengan another 3 friends, which I didn't even know them except for Izza alone. Dipendekkan cerita lepas ding dong ding, we are on the same flight! So, final decision aku stick dengan dorang from the beginning till to the end.

A day before, dorang decide nak pakai baju kurung dan konsep trip kali ni ala2 diva sebab suasana raya masih terasa. Since aku dah join dorang, haruslah aku pun kena sporting jugak, tak gitu? Adalah kelainan sikit untuk trip aku kali ni. Ieka yang hantar aku ke airport pagi tu pun macam tak percaya. Siap bumi Sepang kehujanan lagi pagi tu. Mana taknya, pakai baju kurung sambil pikul backpack! Jadi perhatian jugaklah dari masa Ieka drop aku kat tempat departure tu, sampailah turn aku nak drop baggage. Terasa aura glamour lah kejap, hihihi...


Bila aku tengok kapal ni, aku dah frust. Sebabnya ni kapal lama, bukan NG. Masa ni kitorang melepak kat tepi dinding dalam boarding hall. 


Breakfast dalam flight pagi tu. Aku ambik nasi lemak dan kopi. Sambal nasi lemaknya sedap.


Brother steward sedang melayan penumpang. Sebenarnya aku nak ambik gambar cart tu aje, tapi tiap kali aku click, mesti mamat steward tu muncul. Nak sangat tumpang glemer masuk blog aku gamaknya.

Landing tak best, menghampakan jiwa dan raga aku je. Apasal susah bebenor aku nak rasa smooth landing. Sesampai je terus aku ke toilet. Aduyaiii, sedih sungguh aku rasa, tandasnya berbau. Dah jadi double hampa aku pagi tu aje. Lepas clear imigresen luckily aku boleh guna passport yang masih berbaki 4 bulan before expiry date kitorang collect baggage. Nampaknya baggage kitorang je lagi yang tinggal atas carousel, berpusing2 mencari tuannya. 


Sementara tunggu pak cik kereta sewa sampai, kitorang lepak dulu area sini. Since aku nampak ada post box kat tepi tu, laju je aku ke sana. Dalam kedai ni ada kaunter pos, aku beli setem siap2 untuk pos poskad nanti. Kaunter pos tu bukak ikut normal working hours, so jangan berharap nak singgah lepas working hours. Convenient store ni memang sentiasa bukak je. Opss... aku mintak gam kat kedai ni lah, nak lekatkan setem.. hihihi.

Dah dapat kereta, lepas selesaikan segala urusan yang diperlukan maka perjalanan pun bermula. Masing2 sepakat nak singgah di Taman Sahabat on the way ke hotel. Setelah berpusing2 mencari, map yang ada langsung tak membantu, Razat siap call mintak bantuan direction lagi, pun tak jumpa. Gps tak usah ceritalah, lain tempat yang dibawaknya. Lebih haru bila tanya masa berhenti kat petrol pump, dorang tak tahu pun ada Taman Sahabat! Akhirnya sepakat membawa berkat, ke hotel lah tujuan kami. 


Bilik ni untuk 4 orang. Tapi kami rapatkan dan tidur berlima. Kain batik yang dijadikan hiasan kat dinding tu ada kisahnya selepas ini. Korang jangan lupa pasal kain batik tu, sebab dalam entri akan datang kain batik tu tetiba muncul dalam cerita kami.


Bilik kami mengadap sungai. Tuala yang cantik dibentuk ni pun ada cerita jugak lepas ni.


Keluar ke balkoni, setentang bilik kami ada kapal nelayan yang separuh karam.


Belah kanan ada jeti kecik, tempat dorang naikkan hasil tangkapan. Pagi2 meriah area situ, sebab ada pasar basah, tapi pasar basah tu kat bahagian daratanlah, bukan kat jeti tu.


Tengok belah kiri, itulah pemandangan yang korang boleh tengok. Lepas berehat dan tunaikan kewajipan dan buat apa yang patut, kitorang keluar untuk ke destinasi pertama since Taman Sahabat tu kitorang tak jumpa.


Sebelum keluar, aku snap dulu lampu yang cantik tergantung kat laluan antara bilik. Yang aku perasan, semua lampu dipakaikan dengan benda alah yang aku tak tahu namanya.

Turun ke lobi, staff hotel aku rasa mungkin manager hotel tu dah tunggu kitorang kat bawah dengan map lukisan tangan ke Kampung Budaya Sarawak. Asalnya aku tak nak masuk sebab dah pernah ke sana 2 tahun lepas, since dorang sumer masuk aku pun join sekalilah. Lagipun hotel bagi kitorang diskaun RM5 seorang untuk entrance fee ke SCV tu.

footnote: Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana mempermudahkan urusanku setakat ini. Soalan aku valid untuk research dengan sekali attempt. Lepas ni bertarung dengan result & report lah pulak. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...