Sunday, June 16, 2013

trip sempoi: penyu menangis di mak kepit

Dari Taman Laut Pulau Redang, kami dibawa dengan bot ke suatu tempat yang tersembunyi dari orang ramai. Masih di Pulau Redang tu jugak, cuma tempat kitorang dibawak ni agak special. Hanya orang2 yang special jugak yang boleh ke sana, macam kami semua... haha.


Dari jauh kami dah nampak tempat yang bakal disinggah. Air laut yang jernih berteman pasir pantai yang putih memang memukau pandangan. 


Iya, kami berada di sini. Di Pantai Mak Kepit, Pulau Redang. Orang awam memang tak dibenarkan ke sini tanpa kebenaran. Menurut renjer yang bertugas, katanya pantai ni menerima paling banyak pendaratan penyu agar. Sebelum sampai ke pantai ni, kami pass by pantai yang aku lupa namanya yang putih bersih pasirnya. Kat pantai tu pun ada jugak penyu mendarat dan bertelur, tapi renjer yang bertugas akan pindahkan ke sini. Sebabnya selain pantai tu pendek, bila air pasang pasir pantainya ditenggelami air. Jadi telur penyu akan rosak.


Remang senja sewaktu air surut. Memang mendamaikan kat sini, jauh dari orang ramai. Best layan angan2 kat sini, namun sayangnya kami kat sini sekejap je. Bila berangan pun tak boleh nak panjang2. Takat berangan yang pendek2 je bolehlah.

Lepas makan malam, kami melepak tepi pantai. Bersembang tentang apa saja sambil mengunyah keropok dan choki-choki. Pak cik renjer ada bagitahu kami, malam nanti kami akan dapat peluang tengok anak penyu menetas.


Ini je gambar terbaik yang mampu aku capture semasa anak penyu ni berlumba2 keluar dari sarangnya. Aku ada ambik video. Aku dah edit, potong part yang tak sepatutnya, tapi bila aku nak save tak dapat pulak. Berkali2 aku cuba, last2 aku give up. Gambar ni je lah yang mampu aku kongsikan dengan korang semua. 

Melihat anak2 penyu berlumba2 keluar dari sarangnya betul2 satu pengalaman indah. Berkerumun kat kaki kitorang bila disuluh dengan torch light dan masing2 menjerit kegelian adalah momen terindah antara kami. Namun sedihnya hati kami bila melihat pemangsa dah sedia menanti anak2 penyu ni sebaik sahaja si comel masuk ke laut. Kata pak cik renjer tu lagi, kalau ada 10 ekor dari semua yang menetas tadi terselamat pun dah cukup besar jumlahnya. 

Lepas melayan anak2 penyu, kami berehat dan berbual di tepi pantai, tempat yang kami akan jadikan tempat tidur malam nanti. Ya, kami akan tidur di tepi pantai, berbumbungkan langit dan berlantaikan pasir pantai. Selain dari group kami dan renjer bertugas, ada group dari kelab pencinta penyu bersama kitorang. Masa tu kami dah dengar bunyi mak penyu mandi pasir. Menurut renjer, ada 2 ekor mak penyu tengah mandi pasir dan akan bertelur dalam masa sejam lagi. Dalam berbual tu kami nampak lagi seekor kat gigi air, nak naik bertelur. Namun bila nampak kitorang sebab bulan penuh malam tu, penyu tu kembali ke laut. 

Alhamdulillah, dah tersurat rezeki kami nak tengok penyu bertelur malam tu. Hampir pukul 11 malam kami dibawa ke tempat penyu bertelur, kat hujung pantai sana. Masa tu aku tak tahu pun yang ada seekor lagi tengah prepare nak gali lubang untuk bertelur tak jauh dari situ. 


Mak penyu yang first sedang bertelur. 


Masing2 excited nak bergambar dengan penyu. Masa ni proses bertelur dah selesai, penyu ni tengah nak timbus balik lubang tadi. So dia dah tak kisah diganggu bila urusan utama dah selesai. Tapi jangan tak tahu, kalau dia diganggu sebelum bertelur, makanya dia akan patah balik ke laut dan tak bertelur malam tu. Tapi akan datang balik pada malam yang akan datang.

Kami kemudiannya senyap2 mengendap penyu kedua. Masa kami sampai, dia tengah korek lubang. Sungguh hebat ciptaan Allah yang satu ni, ralit tengok cara lubang dikorek sebelum dia bertelur. 


Memandangkan kitorang tengok dari awal proses nak bertelur, kami sama2 kira berapa banyak penyu ni bertelur. Kalau tak silap aku ada 126 biji. Mak penyu yang ini dah banyak kali mendarat untuk bertelur, sebab ada tag kat tangannya. 

Lepas dah tengok 2 ekor penyu bertelur dan menangis malam tu, masing2 prepare tempat tidur kat tepi pantai. Aku masuk bilik dulu sebab belum solat, tapi lepas tu melarat2 bersembang sampailah pukul 1 pagi baru bergerak ke pantai untuk tidur. Orang lain semua dah lena diulit bayu ombak. Kami je yang baru terhegeh2 nak tidur. 

Aku rasa baru je terlena, tiba2 aku dengar orang sebelah kejutkan. Hujan katanya dan aku rasa air menitik atas muka. Dalam mamai aku bangun dan ikut diorang balik ke bilik. Malangnya aku tak lepas melangkah alur dan terjatuh dalam air. Habis basah stokin aku. Namun tidur kami tetap lena walau terpaksa bersempit ramai2 dalam sebuah bilik. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. 


Ini je yang aku boleh kongsikan since cubaan aku mengedit video gagal. 


Tuesday, June 11, 2013

trip sempoi: panggilan pulau

Setelah semuanya kenyang dijamu nasi kebuli oleh mak Nani yang baik hati lagi cantik, kami bergerak ke Jeti Syahbandar. Jangan tak tahu, sudahlah kami kenyang dijamu kat rumah, malahan kami turut dibekalkan lagi. Kami redah hujan renyai dan sewaktu tiba di kaunter, orang dah ramai tunggu turn dan beratur nak beli tiket feri. 

Tambang untuk dewasa adalah RM35 untuk penduduk Terengganu, RM55 bagi yang bukan orang Terengganu dan kanak2 RM25 seorang. Kalau tak silap jadual feri ke Pulau Redang dari jeti ni cuma ada 2 kali sehari, 10.30 pagi dan 12.00 tengah hari, bergantung pada keadaan cuaca. Tapi kalau korang dah booking siap2 dengan hotel mungkin ada arrangement untuk korang.  


Akhirnya kitorang boarded setelah usaha Nani bersesak beli tiket berjaya, kami semua menunggu penuh debaran risau kot2 tak dapat tiket. Aku dan Izza pilih seat paling belakang, Masa ni hujan masih lagi turun.


Korang nampak benda hitam yang tergantung tu? Itu adalah plastik yang digantung, kot2 ada yang pening nak muntah boleh guna plastik tu. Tapi macam tak praktikal sebab tinggi tergantung. Orang kalau dah pening mana boleh nak bangun capai plastik kat atas tu. Kalau ada member okaylah jugak, kalau sorang2? 

Feri bergerak je aku terus lena, langsung tak sedar apa. Aku terjaga bila dengar macam bunyi riuh je. Rupa2nya dah nak sampai. Aku intai dari tingkap seat depan, cantik! Subhanallah! Aku rasa macam bukan kat Terengganu je, inilah padahnya bila dah lama tak berjalan, mulalah terberangan ntah apa2 hahaha. Disebabkan lama lagi nak tunggu bot special kami datang jemput, so kitorang berjalan ke arah mainland. Sambil2 tu mengushar sekeliling. 


Selalu aku nampak ambulans kat darat je. This time ambulans special sikit. Aku rasa ambulans ni memang standby kat sini, sebab tiap kali aku lalu sini memang ada je padahal 2 - 3 kali je pun lalu sini.


Pak cik bot dan bot berkembarnya. Masa kami sampai ni cuaca mendung, sedang elok nak berjalan dan menikmati apa yang patut sementara tunggu bot kami sampai.


Dan mengintai dari tirai kamar bawah jambatan. 


Ya, kami di sini. Tapi kami bukan betul2 di sini. Tujuan kami adalah di satu sudut yang tak boleh dikunjungi oleh orang lain dengan bebas. Hanya mereka yang terpilih seperti kami sahaja yang boleh ke sana. Ada deretan kedai kat tepi tu, sempatlah aku menyambar FM dengan Izza sementara yang lain2 dah menunggu kat kedai makan sebelah. Bot kami dah sampai sebelum sempat makanan dorang siap, sudahnya tapau je mana yang dah sempat masak.


Bersedia untuk dibawa pergi lagi. Kami akan ke Taman Laut yang tak jauh pun dari jeti ni.


Percikan air yang indah.


Pokok kelapa di Taman Laut Pulau Redang khas buat orang yang dah lama tak tengok pokok kelapa. Lepas makan dan bersolat, masing2 teruja nak terjun ke laut. Sejujurnya, aku takut air tapi teringin nak mencuba snorkeling. 


Mereka yang berjiwa besar dan tak takut air, jauh perginya dorang. Lepas tertelan air laut, aku terus surrender. Tapi sempat jugak tengok alam baru yang indah di bawah sana. Lepas rehat sekejap teruja nak cuba lagi. Baru half way kaki aku dah start kejang, mungkin sebab aku memandu terlalu lama malam sebelumnya. Kali ni aku betul2 surrender dan cuma berendam kat tepi je. 


Masa ni low tide, kalau high tide batu kat hujung tu tenggelam. 

Agak lama jugak kami membasahkan diri. Tapi tak adalah sampai lewat petang sebab kitorang belum lagi ke tempat tujuan utama. Bila semua dah ready, dengan basah2 dek air laut kami sekali lagi dibawa pergi dengan bot. Kali ni ke final destination untuk program malam nanti.

footnote: Alhamdulillah, minggu yang tough baru saja berlalu. Aku harap aku tak perlu repeat last module. As to date aku ada satu lagi module yang perlu diambil and a viva to go. 


Thursday, May 30, 2013

trip sempoi: dari kl kami ke kt

Sewaktu trip ke Jogja penghujung tahun lepas, aku dan Izza beria2 mintak Nani organize trip untuk mencandat sotong. Walaupun aku orang Terengganu jugak, tapi tak pernah aku mencandat. Lagi pun aku kat Paka, lokasi mencandat paling popular adalah di sekitar pulau2 di Kuala Terengganu alasan tak boleh blah. Jenuh kitorang duk meracun Zilla, tapi harus akur bila Zilla pun ada plan lain sewaktu tarikh kitorang nak mencandat tu. Asalnya ada 2 orang kawan aku nak join, tapi dah dekat dengan tarikh masing2 tarik diri. Terpaksalah aku pasrah walaupun rasa bersalah dengan Nani tetap ada, sebab beria2 berjanji nak carikan orang untuk cukupkan korum tapi hampeh.

Hari Khamis lepas balik dari kerja baru aku packing apa yang patut. Aku akan stop kat Petronas Danau Kota untuk pick up Izza sebelum jumpa dorang kat hentian Gombak. Janji nak berkumpul pukul 9 malam sebelum berkonvoi ke KT, pukul 7.45 malam aku baru keluar rumah. Bila dah malam aku tak berani nak lalu short cut ke Bangi, jadinya aku ke Nilai masuk highway dan keluar tol UPM. Masa nak keluar dari border Sepang / Nilai, kereta memang banyak. Aku dah cuak takut tak sempat sampai before 9 as promised. Masuk MRR2 jalan kejap jammed, kereta perlahan pastu lengang sebelum kembali sesak. Masa kat Pandan Perdana ada kereta kena langgar dengan motor, mat motor tu dah terbaring kat tepi jalan. Dalam pada ngeri tak nak tengok, tetaplah mata aku tertoleh2 nak tahu what had happen in the middle of the road.

Masa tunggu Izza sampai, aku sms Nani to inform yang kitorang agak lambat since it's already past 9. Rupa2nya dorang masih tersangkut dengan traffic jammed kat MRR2. Lama jugak aku dan Izza melepak kat hentian Gombak, sempatlah melepaskan hajat dan menunaikan kewajipan. Since kereta satu lagi dah terlajak ke depan, kami tak lama kat situ. Lepas sesi kenal mesra yang singkat, perjalanan diteruskan dengan penambahan ahli dalam kereta aku.

Memandangkan long weekend dan jugak cuti sekolah bermula, highway agak banyak dengan kenderaan. Tak adalah takut sangat nak drive malam2 kat area Karak tu. Kami berhenti di hentian Gambang untuk refresh sebelum meneruskan perjalanan. Asalnya dorang berdua bergilir tidur dan berjaga, lepas tu masing2 lena baik punya. Kalau aku bawak dorang ntah ke mana2 pun, confirm dorang tak sedar. Alhamdulillah, aku berjaya menahan rasa mengantuk dan memandu dengan selamat.

Hampir jam 5 pagi kami sampai di rumah Nani. Lepas solat Subuh, masing2 sambung tidur, termasuklah aku. Sempatlah tidur sejam dua sebelum bangun dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Pagi tu kami dijamu dengan nasi kebuli, orang Terengganu memang kaya dengan aneka nasinya. Setiap pagi bermacam jenis nasi ready je untuk dijadikan juadah breakfast. Paling popular nasi minyak dan nasi dagang.

Bersambung untuk part seterusnya di lain siaran...


Tuesday, May 14, 2013

endau - rompin dalam kenangan

headnote: weekend yang tough baru je berlalu pergi, both papers aku tak confident pun masa jawab tu. I felt lost somewhere which I'm not really know what had happen. Aku tetap utilize that given 3 hours for 4 questions. Bermakna aku ada lagi 3 papers left and a viva to go. 

*****

Trip terakhir yang aku join adalah masa last semester, sebelum aku start on job training kat Transmile in 2002. Trip kali ni kami ke Taman Negara Endau Rompin, bercamping selama 3 hari 2 malam kalau tak silap aku. Kami bertolak dari Jasin dengan bas sekolah yang disewa awal pagi ke Kahang, Johor. Kami melintasi ladang teh waktu tu masih ada ladang teh di Kahang belah kanan dan ladang kelapa sawit di sebelah kiri. Melalui rumah penduduk kampung sebelum bas berhenti dan turunkan kitorang kat petrol pump di pekan Kahang.

Dari petrol pump ni, kitorang kena naik bas 4x4 saiznya lebih kurang macam bas mini tapi lasak yang disediakan oleh pihak taman negara. Dari pekan Kahang tu dah tak ada laluan cantik, kitorang start masuk ladang kelapa sawit, tak lama lepas tu lalu kawasan kampung orang asli. Masing2 terhoyong-hayang, macam menari2 plak kat dalam bas tu. Ladang kelapa sawit dah bertukar dengan hutan dan tak lama lepas tu kami sampai di pejabat operasi Taman Negara Endau - Rompin.


Jambatan gantung yang ada berhampiran dengan pejabat taman negara. Sempat kami merayau kawasan sekitar sementara tunggu advisor kitorang settlekan urusan dengan taman negara. Bila dah settle urusan pendaftaran dan yang sewaktu dengannya, kami diperkenalkan dengan 2 orang guide orang asli. Oh ya, kat area office taman negara tu ada perkampungan orang asli, Kampung Peta. Kami kemudiannya dibawa melalui rumah penduduk kampung ke jeti yang tak ada rupa jeti pun


Sebahagian daripada kami dibawa menyusuri sungai dengan bot. Ada 2 bot yang bawak kitorang dari jeti Kampung Peta ke Kuala Jasin. Dari Kuala Jasin kami berjalan ke tapak perkhemahan di Kuala Marong, meredah anak sungai dan bapak sungai yang deras air adalah melebihi paras pinggang dan beg kitorang kena angkat tinggi2 tak nak bagi basah, melepasi titian gantung sebelum sampai ke tapak perkhemahan di Kuala Marong.

Lepas set up khemah kitorang apa lagi, masing2 berjimba. Ada yang mandi manda, ada yang pegi memancing. Aku ikut ke tempat dorang memancing, view memang cantik. Tapi tak tahu kenapa aku tak terfikir nak ambik gambar. Sampai sekarang aku masih boleh ingat betapa indah dan menariknya tempat tu. Malam tu kami bercandle light dinner ditemani unggun api. 


Tasik Air Biru tempat dorang menunjukkan aksi2 tak boleh blah. Tasik ni memang cantik, airnya biru jernih hingga ke dasar. Sejuk sudah semestinya. 

Pagi2 esoknya lepas sarapan kami dah trekking ke tempat baru. Sayang, kitorang terlepas peluang nak tengok beruang. Masa kitorang lalu tu, baru je beruang tu blah. Dia gali carik anai2, itu pun guide kitorang yang bagi tau. Nak harapkan kitorang memang zero lah. Kami set up khemah kat Batu Hampar, sebab malam nanti kitorang akan bermalam kat situ pulak. Lepas tapau bekal dan bawak apa yang patut, kami sambung trekking ke Buaya Sangkut. 


Batu yang aku bergambar ni sebijik membentuk kepala buaya yang tersangkut. Ada mitosnya pasal buaya sangkut ni. Kalau nak tahu, korang tanyalah cik google. Aku malas nak cerita padahal ingat2 lupa. Best giler berpiknik kat tepi air terjun. Masing2 yang pandai berenang ambik peluanglah, jaki je aku tengok dorang. Lama jugak kitorang kat sini sebelum berpatah balik ke tapak perkhemahan.

On the way balik tu aku terdengar ngauman pak rimau, sayup2 je bunyinya. Dorang yang kat belakang memang tak dengar pape. Cuak jugak kalau2 dia muncul kat depan kitorang, tapi lega bila takde pape. Sampai kat tapak perkhemahan masing2 berendam lagi. Aku pun sama, tak lepaskan peluang. Lagipun kitorang bagi chance mereka2 yang take turn memasak tu tak diganggu. Esoknya kitorang dah nak balik, tak bolehlah nak menikmati semua tu lagi. 


Depan rumah penduduk kampung, on the way kami nak balik ke pejabat taman negara. Sempat tumpang bergambar sebelum balik. Lewat petang baru kitorang bertolak balik ke Kahang dengan bas 4x4 dan tukar bas kat tempat yang sama. Kalau masa datang hari tu masing2 excited, tapi kali ni masing2 terlentok keletihan. Taman Negara Endau Rompin menyimpan jutaan rahsia dan aku harap kesuciannya masih seperti dahulu. It was so wonderful to experience the journey. 

footnote: tak sabar nak tunggu 23hb ni, sesi mengintai penyu dan mencandat sotong pulak. Ada sesiapa berminat nak join? Haha...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...