Friday, April 13, 2012

penang: day2 part1

Disebabkan stail travel aku tak pernahnya nak ikut schedule, semuanya redah sampai sudah, sesuka hati aku decide nak ke mana dan buat apa bila bangun pagi. Awal pagi lagi aku dah dengar hingar bingar kat bawah, tapi volume masih lagi terkawal. 

Lepas bersiap aku akhirnya decide nak ke Bukit Bendera pagi tu. Around 9.00am baru keluar dari hostel. Itu pun aku skip breakfast free kat hostel sebab nak carik makan kat luar dan tanya pasal direction dekat receptionist.  


Old Penang Guesthouse menjadi tempat persinggahan aku selama berada di Georgetown. Yang membuatkan aku benar2 tertarik nak stay kat sini masa surf kat internet adalah kerana bangunannya. Harganya pun tak adalah mahal, within my budget. Aku ambik bas ke Komtar padahal boleh je jalan kaki.


Sementara nak tunggu bas ke Bukit Bendera sampai, aku sempat breakfast kat gerai tepi terminal bas tu. Kuih apom dengan nasi lemak daging. Apom ni kali pertama aku makan. Nasi lemak ni lain bebenor, tak ada sambal pun. Yang ada cuma nasi yang terasa lemak2 sikit dan kari daging. Hanya di Georgetown.

Lebih kurang sejam jugaklah perjalanan dengan bas RapidPenang dari Komtar ke Bukit Bendera. Kesian driver tu, kejap2 aku tanya dah sampai ke belum. Nasib baik ler driver tu baik, dilayan je kerenah aku. Padahal dah berkali2 dia bagitau stesen last. Aku kan susah nak percayakan orang, hehehe... 


Tiket train nak ke puncak. Tunjuk kad pengenalan, maka tiket anda berharga RM8 seorang untuk dua hala. Aku lupa nak tengok harga tiket kanak2 dan bukan warganegara.


Train dah selamat sampai kat atas, stesen terakhir. Masa aku naik ke atas, train ni berhenti kat stesen tengah sebab ada orang yang tinggal kat bukit tu nak turun.  


Pemandangan dari stesen terakhir. Jauh jugaklah nak sampai atas ni, tapi perjalanan tak adalah lama mana pun.


Dari sini maka bermulalah peng'explore'an ke atas Bukit Bendera. 


Laluan ni agak mendaki, penat jugaklah nak menapak. Kalau landai tu tak adalah terasa penat agaknya. 


Laluan tadi membawa ke Guard House ni. Tapi sayang, berkunci dan tak dibenarkan masuk lah pulak. Sekadar ambik gambar kat luar ajelah. 


Masjid Bukit Bendera ni boleh masuk melalui laluan sebelah kanan sebelum Guard House atau pun kena naik tangga melalui taman permainan dan kuil. Masjid ni dibuka dengan rasminya pada 22 April 1966 dengan kos sebanyak $70,000.00.


Ohh.. bunga ni aku nampak kat lereng bukit. Cantik! Tak tahu apa namanya, aku just snap aje. 


Disebabkan tak boleh masuk ke Guard House dan meng'explore' bangunannya, aku persembahkan bangunan ini dari pandangan bawah bukit. Masa ni aku just decided to follow the walking path to nowhere sebenarnya ada papan tanda ke kawasan periuk kera.


Peti surat zaman penjajah ni dibuat di UK dari cast iron oleh A. Handyside & Co Ltd sewaktu pemerintahan Ratu Victoria (1818 - 1901). Tempat asal peti surat ni kat tepi balai bomba Lebuh Pantai, tapi dihadiahkan oleh Pos Malaysia kepada Persatuan Penduduk2 Bukit Bendera pada tahun 2005. Aku jumpa peti surat ni masa dalam perjalanan mencari periuk kera.

Sebenarnya ada kisah yang tak tahu dalam kategori mana masa dalam pencarian periuk kera ni. Dalam halfway walking gitu, tetiba muncul seekor stray dog dari arah belakang. Padahal masa berjalan sebelum tu tak ada pun terserempak. Punyalah asyiknya dia duk mengikut kitorang, kejap2 dia ke depan, kejap2 dia lepak lama2 pastu potong kitorang. Dalam hati Allah saja yang tahu, nampak macam cool aje. 

Masa kat post box atas tu, aku berani nak ambik gambar sebab ada ramai orang dan anjing tu dah lari ke depan. Kebetulan kat depan ada dua orang Chinese yang dah berpatah balik. Punyalah berdoa mudah2an dia ikut mamat dua orang tu. Tapi hampeh, harapan tinggal harapan. Dia duk tunggu kami jugak!

Tengok papan tanda ada lagi dalam 500 meter nak ke tempat tujuan. We made a drastic decision to turn back and not to proceed after few kilometers walked because of the dog! Walaupun anjing tu tetap ikut, tapi disebabkan ada orang lain taklah rasa cuak sangat. Aku lega sangat2 bila anjing tu agak terleka dengan group pompuan yang jerit2 manja takutkan anjing. Lepas tu sempatlah aku ambik gambar apa yang patut sambil mata kadang2 tetap pandang belakang congkak


Since dah tak ada apa yang menarik untuk diexplore, maka kembalilah ke pangkal jalan. Ke stesen untuk turun ke bawah. Aku sengaja pilih koc yang paling depan sebab konon2 nak ambik video masa turun. Tapi hampeh je sebab couple cina kat depan aku boleh plak buat video pastu nak conquer semua ruang. Geram membara je aku dibuatnya, adess! Gambar ni dah nak sampai stesen bawah pun, berjaya jugak aku menyelit dan snap this pic.
  

Well, keretapi Bukit Bendera ditinggalkan akhirnya. Masa ni orang yang beratur kat kaunter tiket boleh tahan ramainya. Nasib baik kitorang datang awal, tak adalah ramai sangat. Maybe sebab hari Ahad, semua orang nak naikkan bendera di Bukit Bendera agaknya.


Wednesday, April 11, 2012

kul - pen: day1

Tiket ke Penang aku dah secured lama dah, masa tu Pak Tony buat sales and I managed to grab return flight ticket for only RM41.00. Disebabkan aku benar2 sibuk memang betul2 sibuk pun sepanjang Februari dan Mac, aku langsung tak berpeluang nak google apa yang patut untuk trip jalan2 cari makan carik makanlah sangat ni except booking hostel thru hostelworld

Pagi Sabtu, flight delay for about 30 minutes, and for sure sampai kat Penang pun lambat jugak. Aiport Penang currently under renovation, so memang tak selesalah keadaannya. Disebabkan kelaparan sebab tak makan dari pagi, kecuali teguk air mineral aje, aku beli wafer berintikan chicken floss and mayo. Aku lupa nak snap gambar sebab dah lapar sangat. Ngap pun sambil berjalan ke bus stop depan airport terminal. 

Punyalah lama kami duk menunggu Bas 401E, berkematu dah *ontot dibuatnya. Along together ada few travellers dari Hong Kong, China dan aku lupa nak tanya dua minah salleh tu dari mana. Aku dah hampir2 tertido menanti bas yang tak kunjung tiba. Almost three hours menunggu, barulah sampai. Malangnya bas tu tak ke Carnavon Street, so ke Komtar ajelah. Sesiapa yang berhajat nak naik public bus di Penang, sila sediakan duit kecil and coins as well. Aku telah 'tersedekah' tanpa rela dekat driver bas tu. Sudahlah drivernya tak mesra alam, adess.

Dari Komtar, kena menapak ke bus stop depan tokong setelah bertanya pada abang rapid untuk bas ke Lebuh Chulia. Nasib baik driver ni mesra alam, diturunkan kami depan simpang nak ke Love Lane. Sungguh bernasib baik sebab elok aje masuk ke reception, hujan turun dengan lebatnya. 

Setelah diberikan kunci dan ditunjukkan apa yang patut, its a time for landing time! Penat menunggu bas kat airport sekadar alasan membuatkan mata aku berat semacam. Dengan hujan pulak kat luar, katil adalah tempat terbaik!

Dalam pukul 7 baru keluar carik makan. Tanpa map, hanya melangkah, akhirnya tersadai di Lebuh Pasar @ Little India. Strolled here and there semata2 nak carik tempat makan tanpa rasa was-was. Akhirnya memilih gerai chapati di tepi longkang!   


Chapati dan kari kambing. Ini adalah chapati pertama yang masuk ke perut melalui anak tekak aku untuk kali pertama sepanjang aku bernafas di bumi ini. 

Lepas dah kenyang, kami berjalan ke balik hostel melalui jalan bertentangan. Masa nilah kami jumpa restoran nasi kandar beratur. Akhirnya decide untuk datang balik malam ni untuk sama2 beratur. Sambil2 tu menerokai laluan baru.


Meriah sungguh lorong ni, cantik begemerlapan dengan cahaya lampu. Belah kiri ada kelab yang hingar bingarnya memang sampai ke luar lah. Keluar dari lorong ni, ke kanan sikit dan jumpa lorong ke hostel. Balik ke pangkal jalan since malam masih muda.


Pukul 9 lebih2, keluar lagi sebab nak ambik bahagian dalam acara beratur beramai2 sebelum makan. Masa ni baru 9.40, tapi yang tengah beratur punyalah ramai. Ini barisan di depan, kat belakang usah ceritalah. Yang dah duduk menempah meja pun dah penuh.


Akhirnya pem'beratur'an membuahkan hasil. Sepinggan nasi, ayam goreng seketul, telur ikan seketul, kuah kari asing harganya RM9.00. Air harga lain, tau. Alhamdulillah, kenyanglah walaupun dikongsi berdua. Rasanya? No second time. 


Masa kami melangkah untuk pulang, orang masih ramai. Entah apa yang menarik untuk mereka2 ini beratur pun aku tak pasti. Yang aku pasti makanannya tak menepati selera aku. Karinya tak adalah terangkat pun, biasa2 aje. Mungkin sebab nasi kandar ni old skol kot, maklumlah since 1943 masa ni ayah aku pun tak lahir lagi.....


Lihatlah semua, bahawasanya aku telah menjamu perutku di Nasi Kandar Beratur! Tu bukti harga nasi tu RM9.00, aku tak tipu ye. Restoran ni letaknya sebelah Masjid Kapitan Keling. Kalau korang datang before 10pm, bukan kedai ni yang bukak, tapi kedai lain. Pun jual nasi kandar jugak kat tempat yang sama. 

Setelah kekenyangan, maka berjalanlah kami ke hostel. Kiranya makan banyak2 tu tak adalah menjadi lemak sebab lepas tu berjalan kaki. Kira exercise lah jugak tu. Tak adanya nak terus naik ke bilik sebab malam masih muda. Aku melepak dulu kat luar sambil2 cuci mata. Hostel sebelah selang satu pintu siap ada bar dengan live music lagi. Memang meriah, kenyang jugaklah mencuci mata versi aku, hahaha. 


Sunday, March 11, 2012

suatu ketika

Sudah sekian lama aku berhajat nak bercerita tentang kisah sewaktu aku bergelar pelajar. Bukanlah kisah waktu zaman sekolah. Aku rasa kisah zaman sekolah hampir sama bagi semua orang. Ada yang nakal, baik, aktif, terkenal di sekolah dan tak kurang yang biasa2 aje. 

Sebenarnya kenangan sewaktu sekolah aku agak menarik, ada yang menyebabkan aku seolah berpatah arang berkerat rotan pun. Aku pernah melalui zaman suram dan juga zaman kegemilangan. Sepanjang 11 tahun bersekolah, aku melalui pengalaman di tiga buah sekolah. Satu di sekolah rendah dan dua di sekolah menengah. Yang paling best adalah sekolah terakhir, sebab di sinilah bakat aku dihargai. Insya Allah, kalau berkesempatan aku teringin nak coretkan kisah zaman sekolah kat sini.

Orait, kembali ke plan asal. Lepas abis SPM aku sempat masuk U kejap, ambik course yang aku tak minat. Baru separuh jalan aku dapat offer lain, dan aku benar2 excited masa ni. Masa kena interview kat bangunan MARA, aku ingat takde chance untuk aku dah. Rupanya rezeki aku dah tertulis, Alhamdulillah.

Julai 2000, bermulalah perjuangan aku yang sebenar. Dalam 50 orang yang terpilih daripada ribuan yang memohon dan diinterview, hanya enam roses yang terselit among the thorns. Kami dibahagikan kepada dua kelas dengan jumlah yang sama. Kampus ini terletak di Jasin, sebenarnya kami menumpang di kawasan IKM Jasin, Melaka. Dan turut tinggal di asrama yang sama dengan penuntut IKM. 

Disebabkan kami di dalam wilayah IKM, maka segala peraturan adalah hampir sama dengan mereka. Cuma uniform kami bewarna biru, berlainan dengan IKM yang beruniform coklat cair. Selama dua tahun kami bersama, suka dan duka diharung tanpa canggung. MARA Northrop-Rice Institute (MNRI) tempat kami menuntut ilmu dalam dunia aviation, seringkali disindir sebagai kilang beras. Sebenarnya Mr Rice adalah founder untuk Northrop Rice USA bertempat di Houston, USA. 

Banyak benda yang aku pelajari selama dua tahun. Dari zero knowledge tentang aviation, langsung tak tahu nama dan jenis kapal, berjaya jugak aku kuasai sikit demi sedikit, Alhamdulillah. Sebenarnya ilmu ni tak akan pernah habis. Makin banyak aku lalui, makin banyak pulak rasanya yang aku tak tahu. Its a never ending learning process. 

Jangan ingat kami yang perempuan ni dikecualikan dari kerja2 kasar dan berat. Semuanya kami lakukan sama rata, tanpa ada sebarang pengecualian gender. Parut kat jari aku ni masih jelas lagi sebab tersangkut kat firewall HS125, dek kerana kelam kabut nak lompat turun. Korang ada kenangan macam tu? Hanya insan terpilih je yang dapat, haha...


Ni kat dalam hangar, masa ni tengah practical. Kitorang ada 40% teori dan 60% praktikal, either on aircraft or at workshop, depends on the syllabus. Kapal yang aku duk bergambar tu Cessna 182F. Heli kat belakang tu Hughes 500. Oh, zaman ni gambar diambik dengan kamera berfilem. Kalau gambar tak lawa ke, kelabu asap ke, takde nya nak ambik banyak kali. 


Disebabkan space kitorang terhad, ingat lagi kami satu kelas pakat buat paint shop haram kat hujung block. Keliling kami pasang canvas dan jugak plastik, tak nak bagi tempias hujan masuk. Tempat ni memang berbumbung sebab asalnya tempat simpan barang2. Masa ni kami baru lepas settle painting propeller.  


Dan dalam banyak2 gambar selama dua tahun tu, inilah gambar yang paling aku suka. Aku pun tak ingat dah siapa yang tolong snapkan gambar ni. Patutnya kredit diberikan pada tukang ambik gambar nih. 

Gambar2 kat sini aku memang lupa waktu bila aku ambik. Betul2 tak ingat. Banyak jugaklah gambar kenangan selama dua tahun kat sini, tapi tak kan semuanya aku nak share kat sini, malas nak scan gambar2 tu semua. 

Sekarang MNRI dah jadi kenangan, sebab nama tu dah tak wujud lagi. Sekarang MNRI dikenali sebagai UniKL MIAT, semuanya bermula pada tahun 2003 selepas Northrop Rice USA tak lagi bersama2 MARA. Waktu tu aku dah abis study pun...

Kenangan paling best masa buat practical kat Transmile, pertengahan tahun 2002. Masa tu aku kerja shift malam. Yang bestnya sebab pilot Italian tu puji aku, 'good job, young lady!' katanya... haha. Kembang semangkuk masa tu. Sayang, masa kat situ aku langsung tak terfikir nak ambik gambar. Tak mungkin aku dapat kembali ke masa lalu.

footnote: ada sebabnya aku tercampak ke dunia aviation, disebabkan oleh seseorang. Dan aku juga buat lesen pilot pada tahun 2004. Lepas aku kena operate sebab appendiks, langsung aku tak terbang lagi. Masa tu pun banyak kenangan, dan kapal aku hampir2 crash kat Bukit Subang! Nantilah, ada masa mungkin aku akan berkongsi tapi gambar memang tak ada. Ralat sungguh!


Tuesday, January 24, 2012

sedih... kecewa... kesal...

Cuti hujung minggu yang panjang sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina semalam, aku ke Banting dengan semangat penuh membara. Melalui Pekan Banting yang kurang sesak dari biasa, membuatkan aku memandu penuh santai. Takde rasa hangat hati tanpa pemandu yang suka cilok sesuka hati.

Aku ke Banting ada hajat sebenarnya, hajat yang besar gitu. Konon ingin meneroka sejarah di Istana Bandar. Dek semangat yang besar tu lah, aku siap pinjam tripod Hawa, konon nak bergambar puas2 bak puteri raja. Aku seakan tak percaya bila melepasi bangunan istana. So that aku terlajak. Alang2 dah terlajak, aku singgah sekejap kat Masjid DiRaja Sultan Alaeddin. Tak masuk pun, ambik gambar dari luar je. 


Papan tanda ni sungguh menyedihkan. Terus terang aku katakan, lepas pacak papan tanda ni kat sini, langsung tak ada sesiapa pun yang datang check. Nasib baiklah masjid yang penuh sejarah ni terjaga rapi. Kalau takde sesapa yang jaga, memang amat... amat... amat... menyedihkan. 


Papan tanda baru yang lebih menyerlah dipacak tak jauh dari papan tanda Tourism Selangor yang dah berkarat tak terjaga. 


Atas sebab2 tertentu, aku tak berkesempatan nak masuk ke dalam Masjid ni. Aku harap aku ada peluang tu suatu hari nanti, insya Allah. Tengoklah sini, kalau nak tahu lebih lanjut pasal masjid ni. 

Lepas tu aku berpatah balik ke Istana Bandar, tempat yang aku terlajak tadi tu. Lepas parking kereta depan entrance, aku pun berjalan ambik gambar dari luar. Pagar berkunci, post guard takde pengawal, sudahnya aku melilau dari luar je.


Inilah sebabnya aku terlajak, pada asalnya aku dah perasan bangunan kat sebelah kiri ni macam istimewa sikit. Tapi takde sebarang papan tanda dan aku terus je. Bila dah dekat baru nampak papan tanda yang dibayangi tiang letrik ni. Oh, abaikan kereta yang tetiba terselit kat situ.


Sayang, kan? Papan tanda ni langsung tak dijaga, samalah seperti Istana ni yang dibiarkan begitu saja. Istana ni dah diwartakan sebagai antara tempat menarik untuk dilawati di Negeri Selangor, tetapi sayangnya tak dijaga seperti sepatutnya. 


Istana Bandar yang penuh sejarah ni terbiar dengan lalang dan semak samun. Aku rasa sedih amat, sedih sebab tak dapat masuk, lebih sedih bila tengok keadaan yang terbiar tak terurus ni. 


Cantik binaannya! Kalau berkesempatan, aku nakkk sangatttt2 masuk ke dalam istana ni, ambik gambar banyak2 walaupun kamera aku cinonet aje. Harap2 aku ada peluang ke sini lagi dan berpeluang meneroka kisah disebalik pagar besi ni.


Ini pulak aku ambik kat bahagian belakang, dari pintu pagar belakang. Barangkali bangunan sebelah kanan ni adalah kediaman pekerja istana. Mungkin... Kalau ada sesiapa yang tahu, bolehlah berkongsi information kat sini.  


Sebelum balik, sempat aku capture pintu pagar yang berkunci dan post guard yang kosong takde pengawal. Aku benar2 kecewa, sedih dan kesal dengan apa yang aku tengok hari ni. Istana Bandar yang penuh sejarah ni sepatutnya dijaga dan dibuka untuk kunjungan pelawat. Aku confirm kalau dijaga, ramai yang akan datang. Bukan setakat local tapi jugak pelawat dari luar negara. Secara tak langsung boleh menjana pendapatan masyarakat setempat. Wah, aku bercakap dah macam gaya YB plak, haha. 

Dek kerana kecewa, aku terus balik. Malas dah nak menjelajah ke kawasan sekitar. Sebenarnya, kat kawasan ni masih banyak lagi tempat2 menarik tinggalan sejarah yang boleh dilawati dan diselongkar kisahnya. Tapi sayang seribu kali sayang..... harapan aku musnah hancur berkecai. 


Sudahnya aku siapkan cross stitch yang dah bertahun2 ni. Alhamdulillah, kali ni aku berjaya jugak siapkan. Dan inilah hasil keras tangan aku. Ehemm... ada sesapa berminat nak beli ke? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...