Sunday, April 1, 2018

trip birthday | surat thani ke hatyai

Entry ini sambungan dari trip birthday | selamat tinggal khao sok.


Train aku delay sejam lebih, merasalah melangut berjam2 kat train station sambil perhati orang sekeliling. Bukan train aku je delay, train lain pun banyak jugak yang delay. Memang ketara muka2 kerengsaan menunggu train tak kunjung tiba. 


Bila masuk tengah malam, aku memang berlegar kat kawasan Platform 1 ni je. Walaupun terang dan orang ramai, kawasan sini lebih selamat.


Train ke mana ntah yang ini, train baru dan electronic display lagi.

Masa train aku sampai, tak sangka punya panjang dan banyak gerabak. The worst part, my car was far to the other end. Berlari2 aku, padahal ada lagi yang lagi lambat dari aku. Seat was okay, selesalah jugak. Lagipun kejap je perjalanan aku dari Surat Thani ke Hatyai. 


Subuh tu aku dah tak boleh nak pejam dah, padahal aku tido2 ayam je sepanjang perjalanan dari Surat Thani. Sunrise cantik giler, sipi2 je aku dapat capture. 







Bila train sampai ke Hatyai Junction, aku terus turun dan berjalan keluar. Akhirnya aku masuk ke Ladda guesthouse dan on bila auntie tu kata THB 300. Aku malas dah nak menapak cari tempat lain. Dah masuk baru perasan aku pernah stay hotel ni last 2 years, cuma bezanya bilik lain. Lepas mandi terus rasa segar, bersiap2 aku keluar untuk breakfast.


Konon2 dah last day, aku nak makan besar. Tak sangka aku betul2 terkena kali ni, memang besar berlubang poket aku untuk brunch yang rasanya so-so aje, total hangus THB 320. Terkejut aku masa mintak bil, serve me right sebab masa order tak tanya harga.

Bengang pasal makan, aku tersilap masukkan kad masa kat ATM CIMB Thai. 3 kali wrong password, mujur tak kena telan. Masa aku nak simpan balik kad baru perasan aku silap kad. Lepas withdraw duit aku ke Davis Tour, beli tiket balik ke KL. Ingat nak singgah shopping mall, tapi masih tutup. Robinson yang kat sebelah guesthouse pun tutup lagi. Sementara tunggu Robinson bukak, aku naik ke bilik. 

Dah dapat apa yang aku nak kat Robinson, aku balik tidur. Aku bangun bila alarm berbunyi; mandi, packing dan check out. Lepas dah confirm tiket, aku tinggalkan backpack dan menuju ke 7E, nak tapau cha-yen. Sekali habis daa... Nampaknya jodoh aku dengan cha-yen dalam trip kali ni tak kesampaian. 

Jalan jem, lama giler nak sampai ke border. Driver ni bawak ikut Sadao, somewhere around Danok meriah giler dengan street food and mostly peniaga Muslim. Lepas berjaya melepasi border, perjalanan ke ibu kota berjalan lancar. Berakhirlah trip birthday yang terpaksa dipendekkan because of family matter. 

End of trip @ day 7.

footnote: birthday trip itu merupakan trip terakhir aku tahun lepas. Aku cancel few upcoming trip lepas kehilangan adik yang menyebabkan aku hilang semangat dan kekuatan. Itu juga jawapan kenapa blog aku bersawang. Dan sekarang aku masih berusaha untuk kembali bangkit.


Sunday, February 25, 2018

trip birthday | selamat tinggal khao sok



Pagi ni aku bangun lambat, sengaja berlama2 atas katil. Lepas roommate aku keluar, baru aku keluar ke bilik air. Lepas mandi, aku check baju yang aku sidai kat balkoni. Matahari dah naik, tapi balkoni ni mengadap matahari turun, memang lambatlah nak kering.  


Walaupun matahari dah tinggi, tapi bukit kat belakang bilik aku masih berkabus. 


Inilah keadaan bilik yang aku menginap selama 2 malam, mixed dorm for 3. Mujur ada curtain antara bed ni, takde lah terasa expose sangat.

Aku memang taking my own sweet time pagi ni before check out. Aku takde plan nak singgah ke mana2 pun. Before 11.00 am, semua dah settle dan aku turun ke reception kaunter. Takde orang pun kat situ, so aku blah macam tu je. Lagipun semua payment aku dah settlekan semalam, passport memang ada dengan aku. Minah semalam tu pun ada mention that I can just walk out. 


Aku snap schedule public bus yang ada atas kaunter reception. Macam biasa, kena menapak ke main road about 1.6km kalau sayang duit.

Sebab masih awal, aku berjalan je pelan2. Sambil2 tu singgah kat tour desk check for postcard. Sayang sungguh, postcard semuanya tak cantik, takdelah sesi menghantar poskad untuk diri sendiri nampaknya. Aku teruskan berjalan ke main road dengan penuh santai, takde apa yang nak dikejar.


Masa datang itu hari aku berhenti sebelah sana. Bangunan kedai tempat bas berhenti tu ada jual tiket dan bas akan bergerak ke atas sana menuju ke Khao Lak. Untuk balik ke arah Surat Thani, aku tunggu bas belah sini. Ada pondok yang tergantung dengan pisang, tapi takde orang. So, aku menumpang kat pondok tu sengsorang.

Bas sampai 2 minit awal, ini antara yang aku suka pasal Thailand ni. Jadual bas dorang reliable, takde lah umpama menunggu buah yang tak gugur. Masa aku datang itu hari tambang cuma THB 100, tapi masa balik ni THB 120, padahal aku nak berhenti kat train station aje pun. Jauh lagi kot nak sampai ke downtown Surat Thani. 

Bas tak masuk ke train station, berhenti tepi jalan tu aje. Berjalanlah aku ke train station, mujur tahu direction. Aku angguk je masa conductor bagi direction masa aku nak turun dari bas tadi. Train paling awal ke Hatyai pukul 12.25 midnight. Fan THB 176 and berth THB 600. Of course aku pilih yang paling murah. 

Dah dapat tiket aku ushar tengok kawasan. Takde yang menarik, so aku keluar ke 7E depan taman. Kat 7E ni ada banyak produk makanan dari Malaysia. Aku beli bihun dan cha-yen, kemudian kembali ke train station. Aku lepak kat bench yang agak jauh dari orang ramai, aku beralih ke bahagian dalam station bila hujan turun rintik2. 

   
Waktu siang train station ni nampak agak sunyi. Aku kerisauan sebenarnya, risau kalau2 menjelang malam karang keadaan bertambah sunyi.

Rupa2nya toward to the late evening, makin ramai crowd kat train station. Pekerja station makin busy, kalau siang tadi dorang tak meronda sangat. Dan punca kenapa bila malam orang makin bertambah adalah sebab frequencies train belah malam bertambah ke pelbagai destinasi. Let say korang nak ambik train kat sini sengsorang tengah malam, tak perlu risau. Insya Allah selamat. CCTV pun ada banyak, cuma berfungsi ke tidak tu, tak dapatlah nak dipastikan pulak. 

End of day 6.


Tuesday, February 13, 2018

trip birthday | cheow lan lake - birthday tour part2



Lepas short break kat tempat yang cantik tu, bot bergerak menyambung perjalanan yang masih berbaki. 




Masa lalu kat sini aku ingatkan dah nak berhenti lunch break masa boat slow down, rupa2nya Adam jerit dekat staff restaurant pasal lunch kitorang and then we proceed boating. Restoran yang tengah2, kiri kanan tu bilik yang harganya boleh tahan rabak poket aku.

Kemudian boat akhirnya parking kat one of the island. Rupa2nya untuk hiking dan caving. Hiking takde lah teruk pun, more to trekking je. Tapi sebab masa tu dah lama aku tak hiking, mengah jugaklah. Tapi tak segan mana sebab kat dalam group tu ada yang lagi pewai. 


Kami cross island tadi untuk ke sini. Dari sini kitorang kena naik bamboo raft ni untuk ke cave kat pulau sebelah sana. Cuak giler aku masa ni, orang takut air memang cenggitu. Lagi2 bila time ni tak pakai life vest. 


Untungnya view yang menawan ni berjaya menghalau kupu2 yang penuh dalam perut.


Passing another bamboo raft yang on the way nak balik. Good thing sebab the gua tu milik kitorang je buat masa sekarang, harap2 takde orang sampai kitorang habis.


Masa kitorang nak keluar dari gua, kami berselisih dengan group yang baru nak masuk ke dalam gua. Bila menjenguk ke bawah, ada lagi satu group baru sampai. Lega sebab kitorang dah settle.


Nak masuk ke dalam gua kena naik tangga yang ada few peoples tu. 


Tempat parking bamboo raft. Aku speku rumah lawa2 tu rumah owner bamboo raft.




Hiking plus trekking back to where our boat docked. 


Love the view. Kami kembali ke boat dan seterusnya ke restoran untuk makan.

Aku langsung tak ambik gambar makanan, segan! Since aku sorang je yang request vegetarian, maka aku sorang ajelah yang dapat special treatment. Banyak giler makanan, aku tak mampu nak habiskan. Tapi sedapnya green curry terung terasa2 sampai sekarang. Kat manalah aku nak cari green curry yang sedap macam tu kat sini.

Lepas makan free activity, dorang semua masuk dalam air. Aku dengan another lady dalam group kitorang stay dry. Aku lepak atas sofa baca novel sambil cuci mata. Hot drinks adalah free flow kat restoran ni, cuma ada coffee and tea. Dorang provide hot water, sugar and cream.


Pemandangan indah dalam perjalanan pulang.




Lepas boat dropkan kami at the other side dari tempat kitorang naik tadi, kami kena naik tangga dan baru berjalan ke arah parking. Masuk ke dalam van yang berbahang, masing2 merungut kepanasan. Then off we driving back to hotel/hostel. 

Sampai ke bilik, minah 2 orang tu dah takde. Tengok bed sebelah aku ada barang, meaning aku ada roommate untuk malam ni. Lucky to have curtain between beds, bolehlah keep privacy even though tak privacy sangat.

Another beautiful gift to myself on my birthday.

End of day 5.


Saturday, February 3, 2018

trip birthday | cheow lan lake - birthday tour part1

Entry ini sambungan dari trip birthday | dari khanom ke khao sok.


Aku sambung tidur lepas Subuh, dan bangun untuk bersiap pukul 7.00 lebih. Bukak pintu belakang, nampak berkabus je lagi, padahal matahari dah naik kot. Aku turun awal dan masa aku sampai bawah tu, van pick up dah ada. Tapi dia boleh pegi pick up orang lain dulu pastu baru patah balik, hampeh!

Mamat Siam yang jadi guide kitorang namanya Adam, okaylah walaupun kadang2 suka buat lawak bodoh. Nasib baik english dia okay. Masa dia tanya pasal lunch, aku bagitau aku vege, malas nak explain lebih2. Dari hostel van berpatah balik arah ke Phanom dan perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam, including break shopping kat pasar. Kalau ada transport sendiri tak perlu pun bermalam kat Khao Sok. Parking dekat boat pier penuh giler, kitorang kan dah sampai lambat plus hari Ahad pulak tu.


Lepas beli tiket kat kaunter sebelah kiri, kitorang terus ke arah jeti untuk ambik boat. Masa lalu ikut laluan sebelah billboard songkran tu, ada ranger tunggu untuk check tiket. Group kitorang naik satu boat, tak bercampur dengan group lain.


Berselisih dengan boat lain adalah biasa.










Kat sini boatman berhenti lama, begitu jugak dengan boat lain. Dorang yang berani siap berdiri ambik gambar. Aku? Nak bergerak pusing kanan kiri pun cuak weh!




Aku tak pasti apa nama tempat kami semua berhenti ni, tapi tempat ni quite femes jugaklah kalau search pasal Cheow Lan Lake. 

Bersambung...


Wednesday, January 24, 2018

trip birthday | dari khanom ke khao sok



Masa alarm aku berbunyi pagi tu, aku snooze kan dulu, pastu baru bangun. Lepas Subuh, aku berbelah bahagi sama ada nak turun ke pantai atau stay kat bilik. Last2 aku keluar jugak dengan harapan bertemu sang sunrise. Kat pantai cuma ada couple tua dan aku ambik port atas batang kayu depan pantai.







Lama aku tunggu pagi tu, matahari memang terlindung habis di sebalik awan. Dah tinggi baru matahari muncul. Nearly 7am baru aku balik ke bilik. Staff Jambay masih tido lagi kat pondok depan bar. Aku snap contact number motorbike taxi, sekali baru aku perasan wifi password kat situ. Malang sungguh nasib aku for this 2 days, tak dapat connected to the internet. 

Balik bilik, aku online kejap. Dah dapat wifi, kan? Hahaha. Aku check jarak ke station minivan, just in case takde motorbike. Jauh jugak, nearly 5km. Aku pergi mandi dan bersiap dulu, pasal tu karang baru fikir. Dah settle semua, aku ke pantai, ke bar Jambay to be exact. Harap2 dah ada yang bangun, bolehlah aku mintak tolong dorang call motorbike taxi. 

Jambay suruh aku tinggalkan kunci dekat pintu dan tunggu motorbike taxi kat situ. Pakcik ni bawak aku lalu ikut town, tempat driver minivan nak turunkan aku at first tu. Aku baru perasan rupa2nya tempat minivan ni berdepan dengan hospital. Aku bagi THB 100 kat pakcik motorbike, sekali dia pulangkan lagi THB 40. Nampak sangat brader hari tu dah mark up. Aku naik van pukul 8.30 pagi ke Surat Thani.

Aku sampai kat Downtown Surat Thani dalam pukul 10.00 camtu. Aku terus pegi makan kat kedai Halal depan terminal minivan. Dah kenyang, aku tanya kaunter tiket hari tu tiket ke Khao Sok, kali ni perempuan yang jaga. Dia suruh aku beli tiket kat kaunter corner mahal nak mampus tu. Aku berjalan ke depan, nampak bas tulis Khao Sok dan Khao Lak, aku tunjuk kat driver bas. Tengah aku deal dengan pakcik driver, datang mamat jual tiket mahal. Bila aku insist nak naik bas, dia suruh aku beli tiket kat kaunter dalam. Tiket harga THB 100, dah dapat tiket pakcik driver usher aku naik bas. Terpaksa duk tengah sebab bahagian depan dah penuh.


Kat sini memang hub transportation untuk ke mana2 destinasi. Korang nak naik bas, minivan, you name it.

Bas ada pit stop kat train station Surat Thani dalam 5 minit camtu, baru bergerak. Lama jugak kat dalam bas, aku dah cuak dah. Masa bas berhenti kat Phanom, aku nak turun. Sekali makcik kat sebelah aku bagitau jauh lagi, walaupun kami bercakap macam ayam dan itik, tetaplah faham maksud tersirat. Mau aku tak cuak kalau sepanjang jalan tu nampak signboard Khao Sok itulah, Khao Sok inilah. Dari Phanom tu pun jauh jugak sampailah driver bas jerit Khao Sok dan makcik conductor datang dekat aku. Bas berhenti, cuma aku dan sorang mamat local yang turun. Sebab takde orang kejar aku, teruslah aku jalan masuk ke dalam.


Dengan kaki sakit, panas terik, gigih aku berjalan pelan2 ke hostel. Tak jauh pun, dalam 1.6km je katanya.


Aku pilih dorm kat Khao Sok Hotel, mixed dorm for 3. Tapi sebab ada curtain tu aku rasa selesa sikit. Nak pilih private room, poket pulak tak tebal mana. Lagi 2 orang dorm mate aku masuk masa aku tengah solat. Cepat2 dorang tutup pintu and say sorry nampak nau aku solat tak kusyuk. Aku dah settle baru dorang masuk dan aku pesan kat dorang masuk je anytime, takde hal punya. Then barulah dorang cam oooo.... Lepas sembang dengan dorang, aku keluar berjalan arah ke entrance national park.


Hujung sana tu one of the entrance national park. Kiri kanan rumah penduduk yang rata2 dah diupgrade sama ada jadi restoran, kedai runcit, laundry ataupun tambah stall kat depan rumah.


Masa hujan turun rintik2, aku berpatah balik ke hostel. Aku tanya minah kat kaunter depan tu pasal tour esok. Ingatkan nak ambik half day tour, tapi takde. So, aku ambik 1 day tour exclude cave for THB 1500, including lunch which I requested for vegetarian food. Esok tour start at 8.25 am, dia suruh aku ready by the time given.

Aku beli stok minuman dan makanan kat minimarket depan hostel, dengan kasut sekali sebab minah hostel tu tak bagi aku pakai selipar esok. Bertabahlah merabakkan lagi poket yang dah sedia rabak. Balik ke dorm, aku pergi mandi dan basuh baju sekali. Dorang ajak aku pergi dinner, tapi aku tolak. Malas nak keluar plus cash dah tak banyak. Atm ada quiet a few tapi aku tak nampak pulak CIMB Thai.


View belakang bilik petang tu, sebelum Maghrib.

End of day 4.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...