Thursday, June 23, 2016

trip java | lobster dan pantai timang

Entry ini adalah sambungan dari trip java | macet di solo, kelewatan di pacitan.


Around 7.00 am, staff hotel ketuk pintu bilik aku dan bagitau supir dah sampai. Bila aku keluar dan jumpa Izza, katanya dah bagitau supir lewat sikit. Lebih kurang 7.30 pagi jugak baru kitorang keluar. Supir kitorang hari ni namanya panjang, tapi kitorang panggil Yanto. 


Kat town kitorang tersangkut dalam traffic kejap, sebab ada event Larian 55 Tahun Bank Jogja katanya. Tapi aku tengok takde yang berlari pun, masing2 berjalan je. 

Dah lepas kawasan event tu, laluan dah kembali tenang. Perjalanan kitorang smooth je, selain dari Yanto yang drives slow teramat, semuanya berjalan lancar. Masa Yanto singgah ke Indomaret, kitorang semua turun singgah cari makanan. Kemudiannya perjalanan diteruskan menuju ke Pantai Timang.

Just before sampai ke Pantai Timang, kitorang singgah booking lobster untuk lunch. Sebenarnya dah terlajak, tapi Yanto patah balik dan bawak kitorang ke rumah pemilik lobster. Lobster yang saiz sederhana besar berharga Rp 450k sekilo termasuk nasi, sayur dan air. Kira pakej lah tu. Yang saiz besar aku dah lupa berapa harganya, tapi lebih mahal dari yang sederhana besar tu.


Lobster yang ditangkap di Pantai Timang disimpan dalam kolam ni untuk tempahan.


Tengok lobster hidup ni pun aku dah telan air liur. Sedapnya lah makan lobster fresh! Nyumm... nyum...


Tepi jalan nak masuk lorong rumahnya ada signpost ni, tapi kecik sangat. Nah, aku payung nombor telefon in case korang nak call untuk booking sebelum datang +62 812 2795 8074. Dah settle booking, kitorang proceed ke Pantai Timang.

Sebelum sampai ke pantai, Yanto bagitau kereta tak boleh masuk. Kitorang kena ambik ojek, untuk mancanegara dorang charge Rp 50k seorang. Tapi kata Yanto, dia akan mintak harga local Rp 35k seorang instead. Sebelum datang sini, aku ada baca yang sebenarnya kereta boleh je masuk ke kawasan pantai. Tapi later on bila trip dengan Dwi, kitorang tahu kisah sebenar kenapa kitorang kena bayar.

Mamat ojek tu bawak main redah je, lenguh tangan nak tahan handle bar kat belakang motor. Belum lagi part melompat2, jenuh nak control tak nak bagi terjatuh. Bila ingat balik memori naik ojek ni, terus sakit2 badan. Tapi kalau nak meripit lepas ni, aku dah tau nak carik siapa yang boleh by pass ojek. Dari tempat parking, kami berjalan ke arah Pantai Timang yang menjadi sebutan ramai tu.


Dari jauh dah kelihatan batu besar yang seolah2 terapung di lautan ni. Ada kumpulan tourist yang dah pun menyeberang ke sana. Dengan ombak yang membadai ganas, bukan takat seriau dah aku rasa.

Sebelum kitorang datang tadi, Yanto dah pesan. Katanya kalau ombak kuat sampai ke atas, jangan lari sebab batu tajam dan licin. Seboleh mungkin cuba selamatkan barang2 je dari basah, katanya. Memang kawasan atas ni berbatu dan tak rata. Batunya pulak tajam dan licin, masih kebasahan mungkin dek ombak ganas yang menyapa.

Okay, mood aku dah ke laut lepas. Nanti rajin2 aku sambung balik eh...


4 comments:

  1. salam, nak tanya.. ada cara lain tak nak ke pantai timang klu tak naik ojek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh naik kereta sebenarnya. tapi biasalah, dorang nak easy money. ada certain travel guide yang boleh masuk terus dgn kereta, ada yang kena ambik ojek.

      Delete
  2. salam kak.
    selepas saya baca pasal trip akak ke Lombok..kemudian saya ikut..
    sekarang saya baca kisah trip akak ke Jogja.. dan saya akan ikut juga haha..

    nak tanya.. kalau saya sewa motor di area malioboro.. kemudian terus ke pantai timang.. jauh sangat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... lepas ni saya hibernate, jangan ikut hibernate pulak, hihihi..

      Dari malioboro ke pantai timang kalau ikutkan jarak tak jauh mana. tapi berejam jugak nak sampai, mau kematu. tapi kalau dah biasa riding takde hal lah kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...