Wednesday, September 18, 2019

entry tertunggak | dari gunung ke pantai



Masih lagi di hari ke-2: 27 April 2018

Bila kembali ke homestay, kami tak sempat nak rehat mahupun ushar sekeliling. Masing2 ambik giliran untuk mandi dan sementara yang lain sibuk berkemas. Bila dah siap, perjalanan diteruskan dan memandangkan dah agak lewat, kami skip Air Terjun Mandakaripura. Dari gunung kami ke pantai selatan, melewati pekan Malang.

Terasa jauh betul perjalanan kami, penat dah duduk dalam kereta lama2. Meredah macet, kemudian masuk perkampungan, turun naik bukit dengan jalannya yang mengundang istighfar di setiap selekoh. Kami tiba di penginapan yang aku dah booking dah petang. Selepas segala kekalutan dan drama, kami dipindahkan ke homestay di tingkat bawah. Better for us.


Day 3: 28 April 2018

Dalam kitorang tengah bersiap2, tuan rumah ketuk pintu dan hantarkan sarapan pagi. Sebab excited masing2 lupa nak ambil gambar. Meriah makanannya, dan being in Indonesia, breakfast dah macam lunch! Walaupun simple masakannya, tapi aku menambah2. Ikan goreng yang dihidang fresh betul, terasa manisnya isi ikan tu. 

Dah kenyang, kami ke tempat Pelelangan Ikan Sendang Biru. Kitorang sampai dah tengah hari, kebanyakan nelayan dah lama balik dengan hasil tangkapan. Dan ada yang dah kembali ke laut.




Tak tahulah ikan apa ni, besar betul. Masa aku tanya pakcik yang kat pasar tu, dia pun tak pasti.


Destinasi seterusnya adalah Pantai Goa Cina. Ingatkan nak naik masuk ke dalam gua, sekali kena bayar daa. Dah lah nak masuk kena bayar mahal, parking pun mahal jugak dorang charge.




Lepak kat tepi pantai lama2, satu je masalahnya. Mata dan badan akan jadi layu, tiba2 mintak nak baring. 


Ada pura di pulau kecil sana dan dihubungkan dengan jambatan. Pura tu antara tarikan pengunjung ke pantai ini, kerana kononnya mirip dengan Tanah Lot di Bali.


Pantai Balekambang ni sepatutnya bukanlah pantai terakhir yang kitorang nak singgah. Akan tetapi, bila bayaran masuk dan parkir sama mahal dengan pantai sebelumnya, kami decide untuk jadikan ini yang terakhir.

Dah cukup rehat dan penuhkan perut dengan makanan, perjalanan diteruskan ke Kota Batu. Ingatkan ada jalan lain, tapi laluan sama masa datang semalamnya. Puas kami ingatkan driver supaya perlahankan kereta especially bila selekoh tajam dan sempit di kawasan berbukit.

Kami sampai kat Batu dah nak gelap. Sempat singgah memborong kerepek walhal tempat nak tidur belum cari lagi. Kami reject homestay yang driver suggest sebab konon takde kipas dan aircond. Puas driver bawak kami ke hotel sekitar. Sama ada harga terlalu mahal atau takde bilik kosong. Dah hampir give up bila driver bawak ke hotel ni, jauh dari main road, dalam kawasan perumahan. Ada bilik kosong dan harga pun berpatutan.


Hotel ni serius cakap kalau tengok dari depan memang macam bangunan tinggal, takde rupa hotel. Tapi bila dibawaknya kami ke belakang untuk tunjukkan bilik, terus jatuh cinta dengan view. Bangunan tu dewan, bukan bilik dan bilik kami mengadap bangunan tu. Gambar ni diambil dari beranda bilik. 

Kelakarnya, dah siap check in segala baru perasan bilik takde aircond dan kipas. Bila ditanya kepada receptionist, katanya memang tak disediakan sebab tak perlu. True enough, tanpa kipas pun kami dah kesejukan. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...