Friday, November 1, 2019

entry tertunggak | seputar batu, malang dan surabaya



Day 4: 29 April 2018

Berat nak bangun pagi bila malam tadinya duk pillow talk sampai awal pagi. Sebab bangun lambat, terlepas nak tengok sunrise dari koridor bilik. Mujur mommy dengan baik hatinya tolong capturekan untuk anak2 yang malas nak bangun awal. Ralat jugaklah sebab tak dapat nak tengok dengan mata sendiri.


Hotel kami - kalau dilihat dari paras rupanya, risau nak bermalam kat sini. Tapi sebaliknya.


Lepas bersarapan, kami masuk kebun pulak. Aku agak ralat dengan ladang yang dibawak oleh pak supir sebenarnya.


View sebelum sampai ke Coban Rondo.


Air terjun ni ada kisahnya, tapi bagi aku biasa je. Tak woww sangat pun.




Kemudiannya ke Bukit Paralayang. Aku ingat nak buat tandem paragliding, tapi bila ke kaunter dorang macam tak layan. So, aku blah.








Sepulangnya dari Bukit Paralayang, kami singgah di Masjid Cheng Hoo.





Day 5: 30 April 2018

Untuk 2 malam terakhir, kami menginap di Wisma Tamu. Bilik okay, breakfast disediakan dan kitorang berjalan kaki je ke Tunjungan Plaza. Tapi sayang takde wifi.


Perjalanan kami pagi ini dimulakan dengan Sunan Ampel. Meriah walaupun masa kitorang sampai masih awal.


Masjid ini tak lagi dibuka dengan bebas seperti dulu. Menurut penjaga di situ, ramai yang menjadikan masjid ini sebagai tempat tinggal di samping tidak menjaga kebersihan. Makanya ia dikunci dan hanya dibuka bila ada pelawat.


Wednesday, September 18, 2019

entry tertunggak | dari gunung ke pantai



Masih lagi di hari ke-2: 27 April 2018

Bila kembali ke homestay, kami tak sempat nak rehat mahupun ushar sekeliling. Masing2 ambik giliran untuk mandi dan sementara yang lain sibuk berkemas. Bila dah siap, perjalanan diteruskan dan memandangkan dah agak lewat, kami skip Air Terjun Mandakaripura. Dari gunung kami ke pantai selatan, melewati pekan Malang.

Terasa jauh betul perjalanan kami, penat dah duduk dalam kereta lama2. Meredah macet, kemudian masuk perkampungan, turun naik bukit dengan jalannya yang mengundang istighfar di setiap selekoh. Kami tiba di penginapan yang aku dah booking dah petang. Selepas segala kekalutan dan drama, kami dipindahkan ke homestay di tingkat bawah. Better for us.


Day 3: 28 April 2018

Dalam kitorang tengah bersiap2, tuan rumah ketuk pintu dan hantarkan sarapan pagi. Sebab excited masing2 lupa nak ambil gambar. Meriah makanannya, dan being in Indonesia, breakfast dah macam lunch! Walaupun simple masakannya, tapi aku menambah2. Ikan goreng yang dihidang fresh betul, terasa manisnya isi ikan tu. 

Dah kenyang, kami ke tempat Pelelangan Ikan Sendang Biru. Kitorang sampai dah tengah hari, kebanyakan nelayan dah lama balik dengan hasil tangkapan. Dan ada yang dah kembali ke laut.




Tak tahulah ikan apa ni, besar betul. Masa aku tanya pakcik yang kat pasar tu, dia pun tak pasti.


Destinasi seterusnya adalah Pantai Goa Cina. Ingatkan nak naik masuk ke dalam gua, sekali kena bayar daa. Dah lah nak masuk kena bayar mahal, parking pun mahal jugak dorang charge.




Lepak kat tepi pantai lama2, satu je masalahnya. Mata dan badan akan jadi layu, tiba2 mintak nak baring. 


Ada pura di pulau kecil sana dan dihubungkan dengan jambatan. Pura tu antara tarikan pengunjung ke pantai ini, kerana kononnya mirip dengan Tanah Lot di Bali.


Pantai Balekambang ni sepatutnya bukanlah pantai terakhir yang kitorang nak singgah. Akan tetapi, bila bayaran masuk dan parkir sama mahal dengan pantai sebelumnya, kami decide untuk jadikan ini yang terakhir.

Dah cukup rehat dan penuhkan perut dengan makanan, perjalanan diteruskan ke Kota Batu. Ingatkan ada jalan lain, tapi laluan sama masa datang semalamnya. Puas kami ingatkan driver supaya perlahankan kereta especially bila selekoh tajam dan sempit di kawasan berbukit.

Kami sampai kat Batu dah nak gelap. Sempat singgah memborong kerepek walhal tempat nak tidur belum cari lagi. Kami reject homestay yang driver suggest sebab konon takde kipas dan aircond. Puas driver bawak kami ke hotel sekitar. Sama ada harga terlalu mahal atau takde bilik kosong. Dah hampir give up bila driver bawak ke hotel ni, jauh dari main road, dalam kawasan perumahan. Ada bilik kosong dan harga pun berpatutan.


Hotel ni serius cakap kalau tengok dari depan memang macam bangunan tinggal, takde rupa hotel. Tapi bila dibawaknya kami ke belakang untuk tunjukkan bilik, terus jatuh cinta dengan view. Bangunan tu dewan, bukan bilik dan bilik kami mengadap bangunan tu. Gambar ni diambil dari beranda bilik. 

Kelakarnya, dah siap check in segala baru perasan bilik takde aircond dan kipas. Bila ditanya kepada receptionist, katanya memang tak disediakan sebab tak perlu. True enough, tanpa kipas pun kami dah kesejukan. 


Tuesday, July 23, 2019

entry tertunggak | ke surabaya akhirnya

headnote: trip ni dah setahun lebih berlalu, hujung April tahun lepas. Kiranya kombinasi trip terlanjur berjanji + trip birthday. Trip ini jugak merupakan trip pertama aku lepas hibernate almost a year, after losing my brother. 


Selepas 2 kali tiket ke Surabaya hangus rentung, kali ketiga barulah aku berjodoh dengan Surabaya. Kali pertama konon2 nak bawak mak dan Sarah, tapi sebab ada hal keluarga yang tak dapat dielakkan, trip cancel. Kali kedua dengan Izza dan kebetulan tarikh tu aku baru lepas kehilangan adik. Sudahnya aku back off dan Izza proceed solo. Ingatkan dah takde harapan dah, rupanya ada rezeki nak bersua dengan Surabaya.

Trip kali ni aku tak keseorangan walaupun kebiasaannya birthday trip aku menyolo, free and easy. Since this is overdue trip, I'm not going to write in details. After all, siapa je yang belum pernah ke Surabaya. Rasanya hampir semua dah ke sana, aku je yang selalu tertinggal flight.


Day 1: 26 April 2018

Kitorang sampai di Juanda dah petang dan antara orang terakhir keluar kat arrival. Keluar dari arrival, mata aku melilau kot2 ternampak ada orang pegang kertas nama aku. Tapi langsung takde. Sudah, kerisauan dah mula muncul. Maklumlah, bila bawak orang tua haru kot kalau tetiba plan bertukar. Tapi bila tetiba ada orang approach dan sebut nama aku, lega terus. Untuk trip ni aku deal dengan Wong Kong. First time jumpa walau namanya dah popular. WK pass kitorang kat Pak Bachtiar, our designated driver for this journey.

Dari airport kami terus ke Bromo, singgah dinner kat hentian mana ntah, on the way ke Bromo. Tiba kat Bromo dah malam, lepas dapat kunci dan prepare for tomorrow, off we go to bed. Tidur pun kejap je sebelum bangun balik before Subuh. 


Day 2: 27 April 2018

Sebelum Subuh kami dah bangun, mandi dan bersiap2. Kitorang belum siap, driver jeep dah menunggu. Gelabah jugaklah. And the jeep was nicely fit for five of us, 4 kat belakang & 1 kat depan with the driver. Perjalanan dari homestay ke Penanjakan terasa jauh, mungkin sebab masih gelap dan tak nampak view kat luar. 

Our driver doesn't help much. On paper, we should go to Penanjakan for sunrise. Lepas parked jeep tepi jalan, sebaris with others, dia suruh kitorang turun. Terpinga2 jugaklah and bila tanya arah mana, dia suruh kitorang jalan follow orang ramai je. Depan mata aku nampak Bukit Cinta, dan ada laluan bertangga yang cantik ke kanan dan another laluan di sebelah kiri. Bapak yang aku tanya kat tangga tu suruh aku naik yang kanan tu. So, mendakilah kami tangga yang tak berapa nak tinggi mana tu.

Dalam pada ragu2, kami dah sampai kat atas. Penuh dengan local dan definitely kawasan dekat tepi2 dah penuh. Aku tak kisah sangat dengan orang ramai, tapi aku cukup kisah bila bau rokok kuat giler. Sakit dan perit hidung tak usah cerita. Akhirnya dapatlah kami menyelit dan duduk kat bangku simen. Sebab terlampau padat, dorang decide nak turun ke bawah for Subuh dan aku berdua tinggal kat atas. Lama giler tunggu dorang naik. Rupa2nya dorang pekena kopi panas dengan gorpis kat bawah. Punyalah aku risau takut2 dorang tak jumpa cari kami, aduhaiiii..... 😂 😂

So, layan je lah gambar2 yang sempat aku capture. Ini je yang mampu dalam usaha menyelit dan menghindari penampakan yang jelas.













Sejujurnya, aku tak berpuas hati. Rasa ralat pun ada jugak. Mungkin jugak mood aku spoiled dengan bau-bauan yang menyengat hidung, maka nak menikmati pemandangan pun dah tak seronok. Bila dah start panas, kami turun ke bawah. 


Deretan jeep di pinggir jalan.

Dari Bukit Cinta kami melalui kawasan padang pasir menuju ke parkiran Gunung Bromo. Bila dah terang ni barulah jelas kelihatan pemandangan depan mata. Awal pagi tadi sewaktu ke Bukit Cinta gelap gelita, cuma nampak lampu jeep berbalam2 di dalam kabus. 


Barisan kuda bersama pemiliknya. We managed to walk and ignore the offer. We are not in hurry, leisurely takes our own sweet time walking toward the crater.


Gunung Batok kat sebelah ni memanggil2, aduhaiii...


Dah habis laluan berpasir, jom naik tangga pulak. Nampak senang, tapi seksa dan kena extra careful sebab kat tangga ni banyak pasir.


Kawah Bromo yang sentiasa mengeluarkan asap, sesekali ada bunyi2 kecil kedengaran. 


I can't get enough of this view, though. Bottom right kelihatan mereka2 yang ingin mendaki dan meninggalkan kawah Bromo. 


Punya lama kitorang melilau kat sini, cari driver kitorang yang menghilangkan diri. Puas bertanya pada driver lain, dah jenuh bergambar, baru dia munculkan diri.


Kami ke pasir berbisik. Kalau tak silap, khemah nun di hujung sana lokasi shooting. 





Dari pasir berbisik ke Bukit Teletubbies kat sini aku dah tak tertarik dan seterusnya kembali ke homestay. 


Saturday, April 27, 2019

welcome back

This blog address previously registered as http://chinta-hati.blogspot.com since 2008. However, after some years of doubting about changing the address, I finally make it happen. I know, I've been offline quite some time, didn't blog for more than a year.

By having this new blog address, I choose certain previous post to be shared and deleted some of it which I think unnecessary. After all, most of it were posted during my immature state of mind. However, I'm still me. The same person you may have known all this while.

Hopefully, I'd have more courage to write, sharing my experience. I don't promise to share all of it, but I'm trying hard to.

So, welcome back to myself.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...