Cuti hujung minggu yang panjang sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina semalam, aku ke Banting dengan semangat penuh membara. Melalui Pekan Banting yang kurang sesak dari biasa, membuatkan aku memandu penuh santai. Takde rasa hangat hati tanpa pemandu yang suka cilok sesuka hati.
Aku ke Banting ada hajat sebenarnya, hajat yang besar gitu. Konon ingin meneroka sejarah di Istana Bandar. Dek semangat yang besar tu lah, aku siap pinjam tripod Hawa, konon nak bergambar puas2 bak puteri raja. Aku seakan tak percaya bila melepasi bangunan istana. So that aku terlajak. Alang2 dah terlajak, aku singgah sekejap kat Masjid DiRaja Sultan Alaeddin. Tak masuk pun, ambik gambar dari luar je.
Papan tanda ni sungguh menyedihkan. Terus terang aku katakan, lepas pacak papan tanda ni kat sini, langsung tak ada sesiapa pun yang datang check. Nasib baiklah masjid yang penuh sejarah ni terjaga rapi. Kalau takde sesapa yang jaga, memang amat... amat... amat... menyedihkan.
Papan tanda baru yang lebih menyerlah dipacak tak jauh dari papan tanda Tourism Selangor yang dah berkarat tak terjaga.
Atas sebab2 tertentu, aku tak berkesempatan nak masuk ke dalam Masjid ni. Aku harap aku ada peluang tu suatu hari nanti, insya Allah. Tengoklah sini, kalau nak tahu lebih lanjut pasal masjid ni.
Lepas tu aku berpatah balik ke Istana Bandar, tempat yang aku terlajak tadi tu. Lepas parking kereta depan entrance, aku pun berjalan ambik gambar dari luar. Pagar berkunci, post guard takde pengawal, sudahnya aku melilau dari luar je.
Inilah sebabnya aku terlajak, pada asalnya aku dah perasan bangunan kat sebelah kiri ni macam istimewa sikit. Tapi takde sebarang papan tanda dan aku terus je. Bila dah dekat baru nampak papan tanda yang dibayangi tiang letrik ni. Oh, abaikan kereta yang tetiba terselit kat situ.
Sayang, kan? Papan tanda ni langsung tak dijaga, samalah seperti Istana ni yang dibiarkan begitu saja. Istana ni dah diwartakan sebagai antara tempat menarik untuk dilawati di Negeri Selangor, tetapi sayangnya tak dijaga seperti sepatutnya.
Istana Bandar yang penuh sejarah ni terbiar dengan lalang dan semak samun. Aku rasa sedih amat, sedih sebab tak dapat masuk, lebih sedih bila tengok keadaan yang terbiar tak terurus ni.
Cantik binaannya! Kalau berkesempatan, aku nakkk sangatttt2 masuk ke dalam istana ni, ambik gambar banyak2 walaupun kamera aku cinonet aje. Harap2 aku ada peluang ke sini lagi dan berpeluang meneroka kisah disebalik pagar besi ni.
Ini pulak aku ambik kat bahagian belakang, dari pintu pagar belakang. Barangkali bangunan sebelah kanan ni adalah kediaman pekerja istana. Mungkin... Kalau ada sesiapa yang tahu, bolehlah berkongsi information kat sini.
Sebelum balik, sempat aku capture pintu pagar yang berkunci dan post guard yang kosong takde pengawal. Aku benar2 kecewa, sedih dan kesal dengan apa yang aku tengok hari ni. Istana Bandar yang penuh sejarah ni sepatutnya dijaga dan dibuka untuk kunjungan pelawat. Aku confirm kalau dijaga, ramai yang akan datang. Bukan setakat local tapi jugak pelawat dari luar negara. Secara tak langsung boleh menjana pendapatan masyarakat setempat. Wah, aku bercakap dah macam gaya YB plak, haha.
Dek kerana kecewa, aku terus balik. Malas dah nak menjelajah ke kawasan sekitar. Sebenarnya, kat kawasan ni masih banyak lagi tempat2 menarik tinggalan sejarah yang boleh dilawati dan diselongkar kisahnya. Tapi sayang seribu kali sayang..... harapan aku musnah hancur berkecai.
Sudahnya aku siapkan cross stitch yang dah bertahun2 ni. Alhamdulillah, kali ni aku berjaya jugak siapkan. Dan inilah hasil keras tangan aku. Ehemm... ada sesapa berminat nak beli ke?