Saturday, September 18, 2010

sepetang di pantai kemasik

Dah lama sebenarnya Sarah merengek nak ke Pantai Kemasik. Nak tengok sampan; nak main air, katanya. Sejak dari tahun lepas lagi. Tapi kami masing2 tidak mempunyai kesempatan untuk membawa Sarah ke pantai idamannya. Untung benar jadi Maisarah, segala apa keinginan pasti akan cuba dipenuhkan.

Sewaktu pulang bercuti di lebaran tempoh hari, Sarah mempunyai satu lagi permintaan. Nak makan McD! Dan restoran McD yang terdekat terletak di bandar Kerteh, lebih kurang 20 minit perjalanan.

Maka pada petang Selasa lepas kami ke restoran McD bagi memenuhi keinginan Sarah dan seterusnya ke Pantai Kemasik. Seronok sungguh Maisarah!

Kat bawah ni adalah gambar yang sempat aku ambil sepetang kami di Pantai Kemasik. Kebetulan sewaktu kami datang, air laut surut. Jadi kami berjaya menyeberang untuk ke kawasan berbatu.


Sarah berposing depan batu. Mukanya masam mencuka! Jam kat tangan tu baru beli sewaktu bershopping paginya. Sejak aku pulang seminggu sebelumnya, dia asyik merengek suruh belikan jam warna merah untuknya.


Untuk ke kawasan berbatu itu, kami harus menyeberangi arus ini. Nampak macam cetek, tapi agak dalam. Mujurlah airnya jernih, tak adalah terjatuh dalam lubang yang terhasil dari arus ini.




Kasut yang ditinggalkan sebelum menyeberang!


Akhirnya berjaya juga sampai ke seberang sana. Maisarah yang cukup teruja!
















Stranded fish ni dah tinggal tulang. Tak tahulah ke mana perginya isi ikan ini.


Stranded fish on the sand!




Dalam perjalanan pulang, aku bertemu lagi dengan seekor ikan yang terkandas di atas batu. Aku pun tak pasti macam mana ikan ni boleh ada kat atas batu ni. Sarah tanya, siapa yang jemur ikan masin kat atas batu ni? Macam2 lah si kecil tu..

footnote: tertunai sudah hajat Maisarah. Selepas pulang bila ditanya katanya seronok sangat tapi adik dah tak nak pergi lagi dah. Secara peribadi, aku sukakan pantai ini walaupun matahari memancar terik. Cantik dan menyamankan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...